SETIAP hari kita menghabiskan masa untuk mencari duit dan mengumpul kekayaan serta kemewahan dengan harapan untuk hidup bahagia dan selesa, pada satu hari nanti. Tetapi bila tiba masanya, badan sudah lemah dan tidak sihat. Bila penyakit seperti kanser pula menjelma, duit yang menggunung sudah tidak lagi berguna. : KitaReporters.com

Gambar yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Mageswaran Spotomoni ini diambil di Hospital daerah Harbin di China.
Dikhabarkan, seorang wanita pesakit kanser di China membawa beg penuh berisi wang meminta doktor untuk menyelamatkan nyawanya dan berkata, dia mempunyai banyak wang lagi untuk kos rawatan.
Tetapi doktor mengatakan dia tidak boleh melakukan apa-apa kerana penyakit kansernya sudah berada pada peringkat akhir.
Dia sangat marah dan begitu kecewa, lantas melemparkan sejumlah wang ke koridor hospital itu sambil berteriak: "Apa gunanya memiliki wang?"
"Wang tidak boleh membeli kesihatan, wang tidak boleh membeli masa, wang juga tidak boleh membeli kehidupan."
Kisah ini wajar menjadi renungan.
Ekoran posting tu, Facebook Mageswaran Spotomoni menerima pandangan positif daripada sejumlah pengikut.
Rata-rata mengatakan, wang tidak boleh membeli segala-galanya.

Tulisan dalam WhatsApp Forum Qaryah MBM
Seorang penulis yang mengguna nama Forum Qaryah MBM berkata, kisah itu untuk difikirkan sebagai pengajaran.
"Kita masih diberi kesempatan untuk mengekalkan kesihatan yang baik sementara kita mempunyai masa dan wang.
"Mesej penting yang boleh dikutip dari cerita ini menunjukkan bahawa kesihatan adalah kekayaan yang sebenar. Sihat lebih penting berbanding menjadi kaya," katanya.
Sementara itu Mageswaran Spotomoni dalam Facebooknya menulis sedemikian:
“This picture was taken in the Harbin Provincial Hospital in China. A cancer patient carrying a bag full of money asked the doctor to save her life and she has plenty of money to pay him.
"But the doctor said he cannot do anything as her cancer is in the final stage.She was so angry and frustrated that she threw the money across the hospital's entire corridor.
"Shouting "what`s the use of having the money"😣😭"what is the use of having the money."😢😭
"Money cannot buy health, money cannot buy time, money cannot buy life."
😭It makes great sense to maintain good health while we have time and money.
Health is wealth. Healthy is more important than being rich."