Santai 07 Mar, 2020

MU JULANG NAMA "MU", GAJAH "HILANG MINYAK"

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

KEPUTUSAN Liga Super : Melaka United (MU) dengan mudah menundukkan pasukan PDRM dengan keputusan 3 -1 di Stadium Hang Jebat,Melaka pada Jumaat, 6 Mac 2020.  Nasib skuad Tok Gajah sekali lagi tidak menyebelahi mereka apabila kalah tipis di tangan Petaling Jaya City FC (PJ City) dengan keputusan 2-3. : KitaReporters 


Melaka United menang

Pemain importnya,Uche Agba membuka jaringan seawal minit ke-17 hasil hantaran lintang daripada Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman dengan menanduk masuk di sebelah kiri gawang lawan.

Babak kedua, Melaka terus memburu gol penambahan menerusi kapten pasukan Safiq Rahim pada minit ke-71 selepas menerima hantaran Wan Amirul Afiq.

Ketinggalan 2-0 membuatkan PDRM atau The Cops merasa tidak senang dengan situasi tersebut sehingga  penyerang import Antonio German terpaksa memungut gol sagu hati pada minit ke-80; selepas menerima hantaran Muhamad Eskandar Ismail, sekali gus menewaskan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Skuad bimbingan jurulatih Mohamad Ishak Kunju Mohamad, walau bagaimana pun gagal mengetepikan kemaraan jentera skuad tuan rumah yang mempunyai lima orang pemain import.

Sebelum tamat permainan, Wan Amirul Afiq, bekas pemain Felda United bertindak cemerlang membedil gol terakhir MU pada minit ke-90 (dua minit waktu tambahan).

Pahang tewas

Dalam satu perlawanan lain di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kekalahan 1-2 dengan Selangor di gelanggang sendiri pada Sabtu, 29 Februari 2020, masih terasa lagi walaupun Pahang dikatakan mempunyai pemain yang terbaik.

Gol PJ City disumbangkan oleh Aboubacar Demba Cemara, pemain dari Papua New Guinea, pada minit ke-12; Barathkumar Ramaloo pada minit ke-59 dan Kogileswaran Raj minit ke-90.

Manakala pasukan Pahang, gol diperolehi daripada sepakan penalti oleh Dickson Nwakaeme pada minit ke-15 dan Ivan Carlos minit ke-52.

KEDUDUKAN TERKINI CARTA LIGA SUPER MALAYSIA

Sumber imej grafik: scoreboard.com

1
2
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago