Santai 13 Mar, 2020

NETIZEN PUJI ROZITA!! ALIFF NAK SAMAN BONDA?

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this
KOMENTAR netizen yang memuji niat baik ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim menegur anaknya itu harus dijadikan contoh dan tauladan kepada yang bergelar ibu bapa. Dalam pada itu, Alif yang menemui ibunya telah memohon maaf dengan apa yang berlaku sambil mengharapkan ibunya agar juga menjaga maruah dirinya. : KitaReporters

 

Gambar dari laman FB Aliff Syukri https://www.facebook.com/DatoAliffSyukriKamarzaman/


Rozita yang jelas kecewa terhadap anaknya yang memuat naik klip video terbarunya 'Ingin Bahagia' mencetuskan perasaan kurang senangnya yang memperlihatkan kebodohan anaknya yang seperti kebudak-budakan dan tidak matang. 

Klip video yang memaparkan linangan air mata darah Aliff yang bercucuran itu memberikan rasa jelik ibunya dan netizen kononnya mahukan sokongan dan kebahagiaan dengan apa yang dia lakukan selama ini. 

Menerusi komentar netizen dalam ruangan Instagram rasmi bonda Rozita @bondarozitaibrahim, rata-ratanya mengucapkan takziah dengan apa yang berlaku dan menasihatkannya untuk berbanyak sabar dengan karenah Aliff Syukri yang mencalarkan maruah keluarga dengan apa yang dibuat. 

Nasihat-nasihat yang tulus dan ikhlas seorang ibu terhadap anaknya wajar dijadikan ikhtibar kerana berani untuk bersuara kerana ada sesetengah ibu bapa berasa rendah diri untuk menegur anaknya takut tidak bertegur sapa atau bermasam muka.

Namun nasihat yang berkali-kali diberikan bondanya itu terhadap Aliff Syukri tidak diendahkan dan sering sahaja malakukan kontroversi murahan yang tidak disukai ibu, isteri dan keluarganya. 

"Sedih dengar kata-kata bonda, bonda tak salah pun tapi ada orang kecam bonda tidak pandai menjaga anak. 

"Stay strong bonda, insyallah doa seorang ibu yang terbaik untuk anak-anaknya", jelas salah seorang komentar.

Selain itu terdapat juga nasihat yang meminta bonda untuk meluangkan ruang dan masa membawa Aliff Syukri bertemu pakar psikologi dan mental untuk melihat prestasi kesihatannya berkaitan jiwa serta otak yang dipantau secara berkala oleh pegawai yang berpengalaman. 

Aliff Syukri yang gemar melakukan perbuatan ke arah kontroversi murahan menjadi kekhuatiran netizen di mana masalah-masalah berkaitan abnormal disorder atau narsastik disorder menjurus kepada simptom rapat kepada gejala yang dihadapinya. 

Ada pula yang memberitahu bonda Rozita bahawa anaknya merupakan pesakit Autism Separa Sedar cuma tidak lagi menghantuk dan mengetuk kepalanya di dinding dengan objek keras disebabkan ketegangan jiwa dan perasaan yang celaru. 

"Menangis tengok air mata bonda jatuh berguguran. Apa maknanya? Wahai anak @alisyukriterlajaklaris jagalah hati bonda kamu selagi bernyawa.

"Benar tu bonda... Sampai saya sendiri mengambil keputusan untuk block Instagram dia (Alif Syukri), but then heboh pula dekat FB buruknya perangai kri tu. 

"Banyak-banyaklah berdoa agar perangai hodoh Alif tu boleh berubah. Jangan cakap bonda dengan saya sendiri pun jemu dengar pasal dia. 

"Aku syak si Alif ni ada sakit autism sebab dia tergamak menguris hati bonda dia hanya semata wang dan populariti", respons dari komentar pengguna maya dalam Instagram bonda.


Dipetik dari Instagram bonda Rozita Ibrahim @bondarozitaibrahim


Sementara itu, menerusi video terkini Aliff Syukri, dia yang menemui bonda Rozita di rumahnya memohon maaf dengan apa yang berlaku sambil mengharapkan ibunya agar juga menjaga maruahnya untuk tidak lagi memuat naik video-video disebabkan kekecewaan terhadapnya dalam apa-apa platform media sosial. 

Dia yang mengharapkan sokongan jiwa yang konsisten dan tidak berbelah bagi daripada ibu kesayangannya itu dengan tidak mempedulikan cemuhan daripada netizen yang tidak senang dengannya. 

"Saya datang sini saya hendak bagi tahu dekat mak jangan dah lagi post-post apa dekat Instagram 

"Saya ni malu, saya ada maruah. Mak tahu tidak mana saya hendak letak muka kalau mak cakap suara saya tak sedap. 

"Kalau mak saya boleh saman saya saman dah. Saya serius sebenarnya ni tau", ujarnya berseloroh. - KitaReporters


2
4
10
2
5
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago