Santai 25 Nov, 2019

BIAR ORANG BUAT KITA, USAH KITA BUAT ORANG

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Renungan.

Biar orang buat kita, kita jangan buat orang.

Bermanis muka, buat macam biasa

Jangan biar marah berbekas di hati

Yang negatif, penawarnya positif.

Setiap orang ada kisah sedih yang menyakitkan hati. Yang buat kita marah. Kita benci dengan orang yang mengata dan bercerita buruk tentang kita.

Tapi bersabar dan bawa bertenang. Jangan melatah.

Jangan pernah menaruh dendam pada orang yang menyakiti itu, sebab pembalasan Allah pasti akan lebih sempurna.

Kita kena fikir, manusia tidak sempurna.

Tidak usah melawan apalagi membenci mereka, kerana Allah hadirkan mereka dalam hidup kita tak lain supaya kita sedar bahwa hidup ini perlu kesabaran, keikhlasan, dan rasa tanggungjawab sesama manusia.


Apa orang buat kita hadap dengan tabah.

Doa dia berubah. Kita dapat pahala. Perbuatan dia, urusan dia dengan Allah. Bukan hak kita menghukum.

Belajarlah memaafkan orang dan berdoa supaya orang juga maafkan kita.

Pada masa sama, Allah akan memberi kita kebaikan-Nya.

Percayalah Allah akan memberikan yang terbaik untuk kita dan mengurus hati kita yang sakit.

Yakin yang Allah selalu adil dalam menetapkan pembalasan-Nya pada siapapun hamba yang berlaku baik atau buruk sekalipun.


Ingatlah...

Jangan mendoakan yang buruk untuk orang, doa yang baik-baik karena tanpa berdoapun Allah sudah persiapkan balasan untuk mereka. Itu sudah janji-Nya. Kita pula dapat pahala.

Jangan biar perasaan marah membekas di hati.

Membalas balik bukan cara melawan hati yang tercalar dan sakit.

Ia tidak akan pernah membuat kita lebih baik, malah menjadikan kita, tidak tenang dan terasing.

Jika itu berlaku, tiada ada bezanya kita dengan mereka. 

Kan lebih baik rileks, teruskan hidup seperti biasa. Lawan perasaan marah dengan bercerita kepada Allah.


Simpan sedih rapat-rapat. Senyum selalu.

Bila senyum hati lebih aman. Orang juga tidak tahu kelemahan kita.

Mintalah kepada Allah apapun yang kita mahu, walau sekadar ketenangan hidup, pasti akan tertunai.

Kesabaran, keikhlasan, dan tawakal membantu kita bangkit daripada segala masalah.

Yang baik hanya untuk yang baik. Jadi jangan fikir yang tidak baik.


❤️🌹 Jangan kalah pada diri sendiri kerana kejayaan dan bahagia ada di hati kita yang selalu berpegang kepada tali Allah. ❤️🌹 - KitaReporters.com

7
2
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago