Santai 15 Feb, 2020

[VIDEO] ADA KELAS!! MACAM TENGOK CITRAWARNA

@rashid rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this

BAGAIKAN citrawarna... Murid sekolah rendah sahaja tetapi persembahan murid-murid Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah (SKTF) di Bentong, Pahang pada majlis perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat sekolah itu mengagumkan dan mempunyai kelas tersendiri. : KitaReporters.com

 

Murid-murid dan guru yang terlibat dalam persembahan sempena Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-43 SKTF.


Malah kesemua 726 murid-murid sekolah berkenaan yang berpakaian berwarna-warni bersama pelbagai kostum menyajikan satu persembahan hebat Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-43 Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah (SKTF) di Bentong pada Khamis, 13 Februari 2020. 

Bertemakan futuristik ia melibatkan empat kontinjen rumah sukan iaitu Rumah Baiduri, Rumah Nilam, Rumah Delima dan Rumah Zamrud berjaya membawa kostum dan persembahan di luar kotak fikiran.

Kontinjen Rumah Nilam yang memenangi kategori perbarisan terbaik pada Kejohanan Olahraga kali ke-43  SKTF. 


Kontinjen Rumah Baiduri memakai pakaian berkonsepkan pahlawan masa hadapan dengan moto Baiduri Warriors-Lets Fight to the end, manakala kontinjen Rumah Nilam dengan tema 'Heal the world today for the future' memakai kostum masa depan dengan memfokuskan menanam sekurang-kurangnya sebatang pokok sehari demi menyelamatkan masa depan.

Kontinjen Rumah Delima pula membawa tema 'The colorfull wonders of future' memaparkan keindahan warna warni masa hadapan, manakala kontinjen Rumah Zamrud dengan tema Rockeristic memaparkan kostum dan persembahan pemuzik rock pada masa hadapan.    

Kontinjen Rumah Zamrud yang memenangi tempat kedua kategori perbarisan terbaik pada Kejohanan Olahraga kali ke-43  SKTF. 


Guru Besar SKTF, Abd. Rahman Abd. Aziz berkata, dengan tema futuristik pada tahun ini, ia mencabar fikiran guru dan murid-murid serta ibu bapa untuk berfikir termasuklah berfikir di luar kotak mengenai keadaan pada masa akan datang.

Katanya, tema itu dilihat bersesuaian dalam berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan generasi baharu berfikiran kreatif dan inovatif.

Persembahan daripada semua murid-murid pada Kejohanan Olahraga kali ke-43 SKTF.


"Dengan tema ini boleh jadi apa-apa sahaja sebab kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan.

"Ada yang berusaha menyelamatkan dunia dengan menanam pokok, ada yang menyediakan pakaian perang bagi mempertahankan dunia dan masih ada pemuzik rock pada masa hadapan.

"Ia sebenarnya mencabar minda dan persembahan mereka hari ini merupakan yang terbaik dan terhebat sepanjang 15 tahun saya berada di sini.

"Dengan apa yang dipersembahkan, ia setanding dengan citrawarna peringkat kebangsaan," katanya pada Kejohanan Olahraga Tahunan SKTF kali Ke-43, yang dirasmikan oleh Pengerusi Pertubuhan Jaringan Cemerlang Masyarakat Bersatu (JCMB), Datuk Jasvir Singh Ram Singh.

Yang hadir sama, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Suhairi Samsuddin dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKTF, Mazlan Ramli.

Persembahan penuh warna warni daripada kontinjen Rumah Delima


Menurut Abd. Rahman dalam menyediakan persembahan dan kostum menarik ia adalah daripada sumbangan guru-guru dan ibu bapa termasuklah dalam penyediaan kos.

Jelasnya, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) menyumbangkan sebanyak RM200 untuk setiap rumah sukan, manakala guru-guru membelanjakan wang sendiri kira-kira RM500 bagi setiap rumah sukan selain sumbangan daripada ibu bapa khususnya dalam penyediaan kostum.


Sementara itu, Jasvir Singh berkata, beliau yang merasmikan kejohanan itu buat kali kedua amat kagum dan teruja dengan persembahan murid-murid sekolah rendah yang mempunyai kelas tersendiri malah setanding persembahan profesional.

Katanya, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihaknya akan terus memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti bermanfaat seperti kejohanan sukan seperti itu.


"Kejohanan ini merupakan satu aktiviti bermanfaat yang bukan sahaja dapat melahirkan pelajar sihat fizikal serta cergas minda tetapi secara tidak langsung memberi pendidikan kepada pelajar bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan rapi dan pengorbanan.

"JCMB sebagai sebuah NGO masyarakat berbilang kaum menyokong kegiatan seperti ini dan akan terus memberikan sokongan dan bantuan dalam menjayakan aktiviti yang dianjurkan dari masa ke semasa," ujarnya.

- KitaReporters.com


20
6
0
3
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 5 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 5 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 5 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago