Santai 18 Mar, 2020

IDRIS ELBA POSITIF, TOM HANKS & ISTERI KELUAR

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SELEPAS Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson disahkan positif penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19, seorang lagi pelakon terkenal, Idris Elba, 47, pula disahkan dijangkiti virus Covid-19 setelah menjalani ujian. Idris Elba atau nama penuhnya Idriss Alaina Elba mengesahkannya melalui laman Twitternya pada Selasa, 17 Mac 2020. : KitaReporters

Idris Elba disah dijangkiti Covid-19 setelah menjalani pemeriksaan. - Kredit foto: BBC

Pelakon popular dari England ini menjalani pemeriksaan kesihatan kerana sedar pernah ada kontak langsung dengan seseorang yang disahkan positif Covid-19.

Sama seperti Hanks, Elba juga meminta masyarakat agar tidak panik. Dia berjanji akan tetap memberikan perkembangan keadaannya melalui media sosial.

"Tetaplah di rumah dan jangan keluar, teman-teman. Saya akan terus memberikan perkembangan kesihatan saya. Jangan panik," tulisnya dalam Twitternya. 

Elba yang lahir pada 31 Julai 1972 ini seorang pelakon berwatak, terkenal dalam lakonannya dalam filem seperti Thor, Avengers, CATS dan Hobbs & Shaw.

Selain bergiat sebagai pelakon, Elba juga merupakan pemuzik, produser filem dan DJ.


Sementara itu, Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson, kedua-duanya berusia 63 tahun, telah meninggalkan tempat rawatan iaitu sebuah hospital di Queensland, Australia pada Isnin, 16 Mac 2020 bagi menjalani tempoh kuarantin di sebuah rumah sewa.

Tom Hanks dan isteri, Rita Wilson lebih selesa menjalani kuarantin di rumah sewa mereka di Queensland, Australia. - Kredit foto: IG Tom Hanks


Pasangan ini didapati positif mengidap virus Covid-19  pada 11 Mac 2020 dan sejak itu menjalani rawatan perubatan di hospital Australia.

Hanks dan Wilson kembali ke rumah sewaan mereka di Queensland dan mengkuarantin diri di bawah pemantauan kumpulan perubatan.

Dalam Instagramnya, Hanks memuat naik dirinya memakan dua potong roti yang disapu dengan jem Vegemite bersama menu sarapannya itu.

Hanks meletakkan sebuah patung kanggaru dan bendera Australia di meja makan. 

“Terima kasih kepada para pembantu. Biar kami menjaga kesihatan diri kami sesama sendiri, Hanx,” katanya dalam IG-nya itu.

Tom Hanks memperlihatkan menu makanannya dalam IG-nya.


Hanks dan isteri, Wilson berada di Australia sejak 26 Februari 2020 bagi penggambaran filem biografi legenda mendiang Elvis Presley arahan Baz Luhrmann. 

Hanks memegang watak sebagai pengurus Elvis, Kolonel Parker.

Hanks merupakan pelakon Holliwood pertama yang membuat pengumuman terjangkit virus Covid-19.

Keadaan Hanks dijangkiti Covid-19 menimbul sejumlah berita palsu yang menyatakan pelakon berwatak ini meninggal dunia akibat virus itu.

Dalam IG-nya, Tom Hanks mengucapkan  terima kasih kepada pihak yang merawat dirinya serta isteri, dan kini lebih selesa mengurung diri di rumah untuk mengelak penyebaran virus Covid-19. - KitaReporters

0
0
1
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago