SETIAP orang mempunyai cara tersendiri untuk mengelak daripada terkena jangkitan penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19. Namun ada tindakan yang dilakukan tidak masuk akal. Ingatlah kata orang tua-tua, janganlah "nak untung secupak, tapi rugi segantang". : KitaReporters
Tindakan seorang wanita dikenali sebagai Li dari bandar Jiangyin City, wilayah Wuxi ini tidak perlu dijadikan contoh.
Akibat begitu takut dengan virus Covid-19, wanita ini memutuskan untuk memanaskan wangnya dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven) dengan harapan jika ada virus Covid-19 pada wang-wang kertas itu ia akan mati kerana panasnya ketuhar.
Namun perkara sebaliknya yang berlaku!!
Sebahagian wang kertas yang dimasukkan dalam ketuhar gelombang mikro itu terbakar.
Rupa-rupanya sebahagian wang sudah hangus dan sebahagian lagi sedang terbakar.
Dia terus mematikan sambungan elektrik dan mengambil wang yang belum terbakar sepenuhnya serta membawanya ke sebuah bank.
Sejumlah pekerja bank ditugas memeriksa wang kertas yang masih boleh ditukar dengan wang kertas baru.
Namun, cuma sebahagian kecil wang kertas yang masih ada tanda keselamatan, yang boleh ditukar semula.
Nasib baiklah pihak bank itu sedia untuk menukar wang kertas yang belum terbakar sepenuhnya dengan wang baharu.
Inilah dikatakan nasib malang, harapkan keuntungan besar tapi akhirnya mendapat kerugian besar!! - KitaReporters