Santai 08 Mar, 2020

KASI LALUAN! GILIRAN "MEK" KUASAI JALAN RAYA

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this
Jika sebelum ini golongan remaja lelaki yang menjadi juara “Raja Jalan” dengan mengadakan aktiviti konvoi bermotosikal, kali ini golongan wanita pula ingin menjadi "Mek Jalan” menunggang motosikal secara berkumpulan. Acara konvoi bermotosikal yang disertai wanita bertujuan meraikan sambutan Hari Wanita Sedunia sebagai memperingati hari penting dan bersejarah kepada kaum hawa di seluruh dunia termasuk di negara ini. : KitaReporters

Pesert Konvoi Wanita berkumpul di Dataran Pantai Air Tawar,Besut sebelum ke Tok Bali,Kelantan bagi menyertai aktiviti amal sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2020.


Golongan wanita di Terengganu dan Kelantan yang memiliki motosikal Yamaha tidak ketinggalan menyambut Hari Wanita pada 8 Mac 2020 dengan mengadakan konvoi bermotosikal sambil melakukan kerja amal dengan menyumbangkan makanan kepada penghuni sebuah pondok di Kampung Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Seramai 100 peserta wanita yang memiliki motosikal bersepakat berkumpul di Dataran Rebana, Pantai Peranginan Air Tawar, Besut, Terengganu pada Ahad, 8 Mac 2020 untuk menyertai program Yamaha Cares yang julung kali diadakan oleh kumpulan terbabit.

Ketua Konvoi, Ayuni Abdullah, 34, berkata program yang dirancang sejak sebulan lalu mendapat sambutan apabila 100 peserta terdiri dari wanita pelbagai peringkat umur dari Kelantan dan Terengganu mendaftar untuk menyertai konvoi itu.

Katanya, dia tidak menyangka kerana jemputan kepada peserta yang hanya dibuat menerusi media sosial tetapi mendapat sambutan di luar jangkaan.

Ayuni berkata, perhimpunan hari ini dibuat bagi menyambut Hari Wanita Sedunia dengan cara menyertai konvoi bermotosikal supaya ada kelaianan daripada pertubuhan lain.

Ayuni Abdullah.. Ketua Konvoi Yamaha Cares


“Jika kebiasaanya, aktiviti konvoi ini hanya disertai golongan lelaki, tetapi kali ini pihaknya cuba membuat kelainan dengan mengajak wanita menyertai program seumpama itu," katanya.

Malah, katanya, peserta begitu teruja apabila seawal pagi lagi, mereka datang dari pelbagai pelosok destinasi ke lokasi tempat berkumpul dan di situ pertama kali mereka dapat berkenal sambil bermesra antara satu sama lain.

Ayuni berkata, meskipun semua peserta adalah wanita, tetapi mereka tetap gigih dan bersemangat untuk menyertai konvoi dari Besut ke Kampung Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan bagi menyertai program agihan bantauan makanan kepada pelajar sekolah pondok.

Katanya, peserta terdiri daripada suri rumah, remaja dan ibu tunggal yang sanggup meninggalkan keluarga semata-mata untuk menyertai konvoi itu.

Peserta bergambar kenangan selepas menyampaikan sumbangan di Pondok Air Terjun Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan pada 8 Mac 2020.


“Program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan pihak Hong Leong Yamaha Motor yang menaja bekalan makanan untuk diagihkan kepada pihak pondok terbabit,” kata Ayuni.

Pengurus Jualan syarikat itu, Say Leup Yin berkata, program hari ini diadakan serentak membabitkan lima negeri iaitu Sarawak, Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu.

Hasnul Hidayah Hassan, wanita anak lima, turut menyertai konvoi wanita Yamaha Cares.


Sementara itu, peserta, Hasnul Hidayah Hassan, 33, dari Kuala Besut, berkata beliau seronok kerana dapat menyertai konvoi yang disertai golongan wanita.

Katanya, beliau yang mempunyai lima anak teruja kerana selain dapat menyertai konvoi ia juga dapat menjalankan aktiviti kemasyarakatan

“Sehingga ini, dia sudah tiga kali menyertai konvoi bermotosikal bersama golongan wanita dan memberi satu kepuasan,” katanya.

Lak Ongdau A/P Eh Juan, remaja berketurunan Siam, gembira menyertai konvoi bermotosikal wanita.


Seorang lagi peserta, Lak Ongdau A/P Eh Juan, 26, dari Bachok, Kelantan berkata, program konvoi bersama wanita ini kali pertama kali disertainya dan bangga kerana dapat bersama dengan wanita pelbagai kaum.

Beliau berketurunan Siam, tidak kekok untuk menyertai konvoi itu, sebaliknya rakan-rakan sebaya banyak memberi dorongan dan galakkan supaya menyertai aktiviti itu. - KitaReporters

177
16
5
9
5
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago