ZAMAN kita sekolah dahulu pasti ada sahaja barangan yang perlu dibawa ke sekolah atas arahan guru. Kadang-kala sampai pening ibu bapa kita kerana telatah kita yang bersungguh-sungguh menyediakan barangan yang dipesan. : KitaReporters
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2657840774453391&id=1422465924657555
Bagaimanapun di Facebook baru-baru ini tular kisah seorang budak sekolah yang mengunting wang kertas nota RM10 bagi memenuhi permintaan guru supaya membawa 5 keping gambar bunga Rafflesia ke sekolah.
Kisah ini dikongsikan oleh Penang Kini di Facebooknya. Hebatlah anak ini boleh fikir di luar kotak untuk mencari 5 keping bunga Raffesia sehingga mendapat pujian netizen atas pemikiran kreatifnya.
Tetapi anak ini hanya mampu menggunting 4 keping bunga Rafflesia kerana mak dia 'naik hantu' melihat perbuatan anaknya yang pandai dan cerdik ini.
Rata-rata netizen memuji sikap anak ini kerana sangat kreatif dan juga bijak.
Ada juga yang menasihatkan ibu tersebut supaya tidak memukul anaknya diatas tindakan memotong 4 keping bunga Rafflesia pada note RM10.
Mungkin anak ini bakal menjadi gabenor bank suatu hari nanti kerana pemerhatiannya pada duit sangat fantastik. - KitaReporters