Santai 05 Dec, 2019

HELO KAKI BOLA! VETERAN NUSANTARA BERENTAP

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this
KEJOHANAN Bola Sepak Veteran Nusantara merebut Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) 2019 kembali bagi edisi kedua, bulan ini. : KitaReporters.com

RAMLAN Askolani (dua dari kiri) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Kejohanan Veteran Nusantara Piala Presiden PBMM Kedua, 2019 di Restoran Warisan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


KEJOHANAN Bola Sepak Veteran Nusantara merebut Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) 2019 kembali bagi edisi kedua, bulan ini.

Kejohanan empat penjuru dari 20 hingga 22 Disember ini akan menyaksikan aksi muka baharu Kelab Sukan Kaki Bukit yang mewakili Singapura dan kelab dari Wilayah Pattani, Thailand, selain kembalinya Seuramoe Aceh FC dari Indonesia serta tuan rumah, PBMM.

Mereka akan berentap secara liga sepusingan sebelum dua pasukan teratas kembali bertembung dalam perlawanan akhir, manakala dua terbawah, menentukan pemilik tempat ketiga dan keempat.

Venuenya adalah di Kompleks Akademi Bola Sepak Merah Kuning (ABMK), Puncak Alam di Shah Alam Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Veteran PBMM, Datuk Ramlan Askolani berkata, “selain Piala Presiden PBMM, hadiah wang tunai RM2,000 turut menanti juara, manakala naib juara akan beroleh RM1,000."

Turut ditawarkan, katanya, ialah Piala Permainan Bersih Kejohanan dan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

“Syarat umur pemain menurut status veteran dalam kejohanan  ini ialah 45 tahun ke atas iaitu yang lahir pada 1974 atau sebelumnya. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar sehingga 18 pemain dan empat pegawai.

“Kami turut mengundang sebuah pasukan veteran dari Brunei, namun mereka tidak dapat menyertainya atas sebab-sebab tertentu,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di ibu kota baru-baru ini.

Ujarnya, jawatankuasa juga mengekalkan format tiada masa tambahan jika setiap perlawanan berkeputusan seri.

Sebaliknya, hanya sepakan penalti penentuan yang digunakanbagi perlawanan penentuan tempat ketiga dan akhir.

“Namun tempoh permainan dilanjutkan kepada 40 minit iaitu 20 minit setiap separuh masa dengan rehat lima minit di antaranya berbanding setengah jam pada tahun lalu,” kata Ramlan yang juga Timbalan Presiden PBMM dan Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kuala Lumpur.

Kesemua pasukan luar negara dijangka tiba pada 19 Disember ini.

Sementara itu, PBMM mengekalkan kebanyakan tonggak naib juara tahun lalu bagi menghadapi saingan edisi kedua ini.

Antaranya Presiden PBMM, Mohd. Firdaus Mohamed yang juga bekas perantara pasukan Piala Presiden Selangor dan Ramlan, bekas pemenang Piala Malaysia tiga kali dengan Kuala Lumpur dari 1987 hingga 1989 dan Mohd. Zamri Mazleh (Pahang).

Bekas-bekas pemain negeri lain yang mewakili PBMM termasuk Mohd. Farouk dan Feriza Ismail, Kamal Idris Ali (Kedah), Shahril Arsat (Selangor), Wan Mustafa Wan Ismail (Johor) dan Sabaruddin Mohd. Waras – adik bekas jurulatih Harimau Muda, Hassan Sazali Waras.

PBMM turut melantik Datuk Ahmad Daud selaku pengurus pasukan yang turut menyandang jawatan itu ketika Kuala Lumpur muncul naib juara Piala Emas Raja-raja Ke-79, pada Oktober lalu.

PENJARA Malaysia bersorak gembira meraikan kejayaan bergelar juara tahun lalu di Kajang. Turut kelihatan Mohd. Firdaus Mohamed yang ketika itu Timbalan Presiden PBMM (berbaju hitam, merah dan putih).


Edisi sulung tahun lalu menyaksikan Penjara Malaysia muncul juara selepas menundukkan PBMM menerusi penalti penentuan 6-5 selepas terikat tanpa jaringan dalam 30 minit masa permainan sebenar di Stadium Mini Penjara Kajang.

Penjaga gol Penjara Malaysia, Mohd. Tarmezi Abdul Rahim muncul wira final apabila menepis keluar sepakan penalti penentuan keenam PBMM, Suhaimi Shamsudin sekali gus membawa pasukannya bergelar juara kejohanan dengan hadiah RM4,000 termasuk juara liga.

Sebelum itu, Penjara Malaysia menundukkan Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia (MCFA) 1-0, manakala PBMM memerlukan penalti penentuan 4-1 untuk mengatasi Seuramoe Aceh selepas turut terikat 0-0, kedua-duanya dalam separuh akhir.

Penjara Malaysia juga kekal tanpa kalah sepanjang kejohanan dari 23 hingga 25 Februari 2018 itu setelah menewaskan PBMM, MCFA, Seuramoe Aceh dan NFT Melayu Singapura. - KitaReporters.com

JAWATANKUASA Pertandingan Kejohanan Veteran Nusantara Piala Presiden PBMM Kedua, 2019 bergambar selepas mengadakan mesyuarat pertamanya.

4
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago