ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com

Menulis dari Jiwa... Renungan.
Kalau dah suka. Jangan tunggu lama-lama. Bila diambil orang. Sakitnya bukan kepalang
Kawan tikam belakang. Lumrah kehidupan. Kita baik, dia ambil kesempatan. Diam-diam rosakkan persahabatan
Perkongsian hari ini:
Kumbang bukan seekor. Betul. Tak semua kumbang setia pada sekuntum bunga.
Rileks dan bertenang.
Beribu lagi ada menanti, kata Tina memujuk hati setelah teman lelakinya, Amirul dirampas sahabat sendiri.
Allah ambil yang ini sebab Dia hendak bagi yang lebih baik. Sabar banyak banyak. Doa semoga cepat dapat pengganti.
Yang sudah pergi lupakan. Pujuk hati.
Cerita Tina, dia telah 4 tahun berkawan dengan Amirul dan bercadang untuk bertunang awal tahun depan.
Mereka ada seorang sahabat bernama Shaza, seorang yang periang dan sangat mesra.
Shaza di mata Tina sangat baik sehingga dia tidak ada berburuk sangka dengan Shaza. Tapi itulah manusia. Depan lain belakang lain. Pandai berlakon.
Akhirnya terbongkar rahsia Shaza dan Amirul ada hubungan intim di belakang Tina apabila satu hari Tina terbaca mesej berbau cinta daripada Shaza untuk Amirul.
Patut sejak akhir khir ini, ketara sangat gediknya Shaza dengan Amirul, rupanya ada udang di sebalik batu.
Remuk hati Allah yang tahu. Tapi bila difikir balik, ada hikmah di sebalik semua aturan Allah.
Syukur Allah tunjuk lebih awal.
Tidak banyak bertanya, jauh sekali berbincang, hubungan dengan Amirul diputuskan.
Berkali minta maaf sudah tak bermakna. Hati sudah tercalar, setia tergugat, sampai mati tetap ingat!
Allah tunjuk sebab dia sayang kita. Dia nak ganti dengan yang lebih baik.
Yang lebih bertanggungjawab. Yang hatinya satu untuk kita. Yang lebih ingat kepada-Nya. Yang boleh kita bergantung hidup. Yang ikhlas kasihkan kita kerana Allah.
Hidup perlu diteruskan, kata Tina. Kali ini lebih beringat. Hati-hati pilih kawan. Jadikan pengajaran.
Iktibar dari kisah ini:
Jangan mudah percayakan orang, walau sahabat baik. Simpan sikit rasa curiga. Sahabat pun manusia juga. Tidak sempurna!
Usah berkawan terlalu lama, banyak ujiannya. Bila rasa serasi segera bernikah.. Kerja baik jangan bertangguh.
Dalam perhubungan, keikhlasan itu sangat penting. Bila ikhlas Allah tunjuk jalan, jika tidak Allah bagi balasan.
Jangan usik hak orang. Jangan kecewakan orang, esok-esok kita pula dikecewakan.
❤️🌹 Memang manusia hidup hanya sekali. Tetapi apabila digunakan dengan bijak, hidup yang hanya sekali saja sudah mencukupi ❤️🌹. - KitaReporters.com