Menjadi seorang doktor bukan perkara mudah kerana memerlukan ketanggungjawaban yang besar ke atas kehidupan orang lain. Bahkan, adakalanya seorang doktor terpaksa mengabaikan dirinya demi memberi keutamaan kepada kesejahteraan orang lain. : KitaReporters.com
Doktor Liu melakukan pembedahan ketika drinya mengalami kesakitan. - Foto World of Buzz
Sama halnya dengan kisah berikut ini.
Seorang doktor di China bernama Liu nyaris mengalami tragedi berikutan semangat dedikasinya untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
Menurut laporan World of Buzz, Liu adalah seorang doktor bedah pankreas di sebuah hospital di Huai'an, China.
Satu hari, dia menerima pesakit yang memerlukan segera rawatannya. Sayangnya situasi itu tidak sesuai kerana pada saat yang sama, Liu juga sedang menderita sakit belakang yang amat sangat.
Namun, mengetahui situasi pesakitnya yang kritikal, dia mengabaikan kesihatan diri sendiri.
Menurut laporan Harian Sinchew, insiden terjadi pada 28 Disember 2019 lalu, bila mana seorang pesakit memerlukan pembedahan segera, Jika tidak ditolong, pesakit itu mungkin boleh meninggal dunia.
Kebetulan pula, hanya ada Liu yang sedang bertugas di hospital berkenaan, maka dia dengan segera mempersiapkan diri untuk melakukan pembedahan.
Walaupun pada ketika yang sama, Liu merasakan amat sakit, dengan kesakitan menusuk pada belakang dan perutnya.
Namun Liu nekad meneruskan pembedahan dan melakukan persiapan.
Pesakit dalam keadaan kritikal dan pembedahan perlu dilakukan segera, maka Liu tidak boleh melengah-lengahkannya.
Dia mengabaikan keadaan dirinya dengan mengambil suntikan berisi ubat penghilang rasa sakit.
Ini akan membolehkan dia tidak merasakan sakitnya dan dapat fokus melakukan pembedahan.
Sayangnya, operasinya berlangsung cukup lama iaitu lebih daripada sejam.
Liu berjaya melakukan pembedahan ke atas pesakitnya, tetapi kemudian dia pula dibedah untuk mengeluarkan batu dari saluran kencingnya. - Foto World of Buzz
Akhirnya nyawa pesakit selamat berkat tindakannya. Keadaannya stabil setelah Liu melakukan pembedahan.
Setelah Liu meninggalkan bilik bedah, rasa sakit pinggang dan perutnya muncul balik.
Liu tidak dapat lagi bertahan sehingga kawan-kawannya membawa dia ke jabatan urologi.
Ketika diperiksa, didapati Liu mempunyai batu sebesar 1 cm berkumpul di dalam saluran kencingnya.
Jika situasinya tidak dirawat dengan baik, ia boleh menyebabkan jangkitan, sekali gus memburuk dan menjadi sepsis urin yang boleh mengancam nyawa.
Liu kemudian dikejarkan di bilik bedah, dan kali ini dia menjadi pesakit dan bersiap untuk dibedah.
Operasinya berjalan lancar, dan kini Liu dalam tempoh pemulihan.
Atas tindakan Liu, banyak orang memberikan pujian terhadap dedikasinya kepada pesakit. - KitaReporters.com