Santai 01 Dec, 2019

INDAHNYA MELAKA PADA WAKTU MALAM... JOM!!

@diana surya wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian. Berpengalaman selama 15 tahun. Pernah bertugas di Shah Alam, Selangor & Kuantan, Pahang. Memegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dan Pengajian Media, UiTM.

0

Share this
MELAKA, kota kecil yang menyimpan 1,001 khazanah sejarah ini merupakan pilihan paling tepat untuk jalan-jalan terutama percutian singkat. Memang berbaloi. Lazimnya kaki jalan memilih waktu siang untuk berjalan-jalan, keadaan sudah berubah ramai memilih malam. Jom! Jalan-jalan Melaka waktu malam. : KitaReporters.com

Menikmati keunikan bangunan lama.


Ada beza ke berjalan siang atau malam? Banyak sangat bezanya seperti contoh sudah diketahui umum bulan dan bintang sentiasa ada tetapi lebih cantik kelihatan pada waktu malam. Begitulah keadaanya, ada benda lebih indah terpancar pada waktu malam.

Di sini, banyak tempat menarik tetapi, yang mana paling best? KitaReporters.Com ada jawapannya:

1. Melaka River Cruise Persis di Venice, Itali

Seronoknya!!!


Sebagai pelancong, memilih untuk menaiki Melaka River Cruise adalah pilihan bijak, dapat melihat keunikan bangunan lama sepanjang sungai yang sudah dinaik taraf namun masih dikekalkan keasliannya.

Jika memilih melewati Sungai Melaka pada waktu malam, limpahan dan pancaran nyalaan neon dengan pelbagai warna di tebing sungai memberikan lebih keindahan kepada bangunan lama. 

Harga tiket pemegang MyKad iaitu RM10.60 bagi dewasa (hari bekerja) dan RM15.90 (hujung minggu), manakala RM5.30 bagi kanak-kanak. Waktu operasi bermula daripada jam 9.00 pagi hingga jam 11.30 malam. 

Seni bina di tebing sungai ini tiada di lokasi lain di Malaysia. Pasti terpesona.

Perjalanan cruise pergi dan balik memakan masa lebih kurang 40-45 minit. Merentasi banyak bangunan warisan bersejarah seperti kedai makan, gudang purba, kampung morten, gereja dan banyak lagi.

2. Menara Taming Sari, 360 darjah Panorama Melaka 

Berputar 360 darjah secara perlahan melihat panorama Kota Melaka di waktu malam.


Ramai masih ragu tentang kewujudan  keris Taming Sari. Kini tidak salah lagi memang benar wujud sebagai sebuah menara setinggi 80 meter di tengah-tengah bandar Melaka.

Menaiki menara yang dibuka sekitar April 2008 yang fungsi ‘gyro’ seperti Menara Kuala Lumpur... dapat menyaksikan panorama indah hampir seluruh bandar Melaka, pemandangannya tidak kekal malah berputar pada paksi 360 darjah secara perlahan-lahan.

Di atas menara 24 tingkat ini, terlihat banyak tempat menarik pada sudut berbeza seperti Muzium Samudera, Masjid Selat, Dataran Pahlawan, Bukit St John, dan Pulau Melaka. 

Harga dikenakan ialah RM17 untuk dewasa dan RM11 untuk kanak-kanak. Ia dibuka untuk orang ramai setiap hari daripada jam 10 pagi hingga 11 malam. 

3. The Shore Sky Tower, puncak tertinggi di Melaka

Pandang bawah...gayat!!!


The Shore Sky Tower merupakan bangunan tertinggi di negeri ini yang mempunyai 42 tingkat keseluruhannya.

Terdapat sebuah restoran di atas bangunan pencakar langit ini. 

Dalam bangunan ini terdapat daya tarikan lain seperti Akuarium dan Platform kaca lutsinar dengan ketinggian 153 meter untuk melihat pemandangan ke bawah. Ketar lutut.

Dari sini juga, hampir keseluruhan bandar Melaka dapat dilihat dan ketika di waktu malam semestinya bandar ini penuh dilitipi cahaya.

Bangunan terletak di Lebuh Ayer Keruh, Kampung Bunga Paya Pantai ini dibuka setiap hari daripada jam 10 pagi hingga 10 malam.

4. ‘Dating’ dengan hidupan liar di Night Safari Zoo Melaka

Intai-intai haiwan liar pada waktu malam. 


Pukul berapa "datuk harimau"?


Pernahkah terfikir, adakah haiwan tidur atau tidak pada waktu malam? Mesti ada kan? Ada antara haiwan ini secara naturalnya aktif pada waktu malam. 

Oleh itu, jom melawat Zoo Melaka pada waktu malam yang menempatkan lebih 1,200 haiwan daripada 215 spesis  berbeza. 

Banyak haiwan hampir pupus ada di sini. Siapa teringin melihat badak sumatra yang diancam kepupusan, Pak Belang, tapir dan banyak lagi... semuanya ada.

Perlu diingat, pada waktu malam jangan gunakan ‘flash’ untuk mengambil gambar dikhuatiri memeranjatkan haiwan liar. Nanti mereka jadi agresif.

Night Safari ini hanya dibuka dua hari saja iaitu pada hari jumaat dan Sabtu sahaja dari jam 8 malam hingga 11 malam. 

5. Jonker Walk Cari Cenderahati Pada Malam Hari

Pasar malam paling meriah di tengah-tengah kota Melaka.


Tidak sah kalau tidak ‘shopping’, aktiviti berbelanja juga wajib jika melancong. Mana mungkin balik dengan tangan kosong.

Kaki jalan sila ke pasar malam Jonker walk di Jalan Hang Jebat. Banyak barangan cenderamata seperti ‘keychain’, baju atau barangan kraftangan dijual pada harga berpatutan. 

Di Jonker Walk, pilihan cenderahati lebih banyak dan boleh tawar-menawar.

Pasar malam di tengah Kota Melaka ini hanya beroperasi pada hari Jumaat hingga Ahad dari jam 5 petang hingga jam 12 tengah malam. - KitaReporters.com

Menaiki beca pada waktu malam pasti teruja apatah lagi beca dihiasi dengan pelbagai lampu warna-warni. 


You will be interested

TAHU TAK? DI THAI SATU BALAI SATU EKOR KUCING

Thailand membuat saranan agar setiap balai polis membela sekurang-kurangnya seekor kucing. Menurut laporan portal negara itu, beberapa buah balai polis di Chiang Mai, Chiang Rai dan Bangkok telah menyahut saranan tersebut.
Diana Surya Wahab in Santai 9 hours ago

BAKA MAINE COON: KUCING BERWAJAH MANUSIA

Tatyana Rastorgueva dari Rusia telah mula menjalankan kajian biak baka kucing sejak tahun 2002. Semua anak kucingnya berwajah manusia hasil daripada pemilihan baka tertentu yang mengambil masa yang panjang.
Khairunnisa Sulaiman in Santai 11 hours ago

KENALI JOFFEY JOLLY 'SI BADANG' GUSTI LENGAN

Walaupun tewas pusingan pertama, Joffey Jolly tetap berusaha dan tekad untuk menang sehingga berjaya bergelar juara dunia kategori Senior 70 Kilogram (Kg) Tangan Kanan di Dewan Sukan Mosir, Rumia, Poland baru-baru ini.
ABDUL HAFIZ AHMAD in Santai 22 hours ago

SAKSI KE"SHAKTI"AN MUZIK FUSION BARAT-TIMUR

Kumpulan Shakti akan mengadakan konsert pada 17 Januari 2020 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Shakti kini dianggotai John Mclaughlin (Guitar), Zakir Husain (Tabla), Shankar Mahadevan (Vokal), Ganesh (Violin) dan V Selvaganesh (Percussion)
Fariza Saidin in Santai 1 day ago
v