Santai 25 Oct, 2019

PA HABAQ PAK LAH? SIHAT NAMPAK.. ALHAMDULILLAH

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
SUDAH lama tidak mendengar berita tentang bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal dengan gagasan Islam Hadhari dan pembangunan modal insan yang dijadikan prinsip hidup serta asas kepemimpinan beliau dalam membangunkan negara.


Kehadiran Tun Abdullah antara kira-kira 1,000 peserta menerusi larian amal Legasi Run 2019 yang berlangsung di Taman Botani Putrajaya pada 20 Oktober baru-baru ini ternyata beliau dalam keadaan bersemangat dan gembira serta masih berada dalam keadaan yang sihat.

Beliau yang terkenal dengan panggilan Pak Lah menyertai aktiviti  itu dengan dipimpin oleh isteri, Tun Janne Abdullah dengan berjalan secara santai kira-kira 300 meter yang kemudiannya diraikan di garis penamat.

Pada program itu, Pak Lah turut diiringi anak beliau, Nori Abdullah bersama suami, Khairy Jamaluddin yang juga  Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan.

Program julung kali anjuran Legasi Tun Abdullah Badawi (LEGASI) itu turut disertai anak-anak istimewa dari Bikeisable dan Persatuan  Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).


Kehadiran Pak Lah pada hari itu  menjadi tarikan  orang ramai apabila ramai daripada peserta tidak mahu melepaskan peluang untuk bersalaman dan bergambar bersama beliau bagi mengabdikan kenangan. 

Biarpun dipimpin oleh isterinya, Tun Abdullah masih bersemangat menghulurkan tangan bersalaman dengan para peserta sambil mengukir senyuman sehingga mengecilkan mata yang menjadi  identiti negarawan itu.

Raut wajahnya dilihat begitu tenang dan senyuman pada wajah Tun Abdullah  dapat dilihat sepanjang majlis yang  sedikit sebanyak menjadi pengubat rasa rindu kepada  peserta dan orang ramai yang hadir.

Tun Abdullah melepaskan jawatan Perdana  Menteri pada 1 September 2009, pada ketika itu beliau masih kuat dan lantang bersuara, namun pada hari ini, Tun Abdullah yang berusia 80 tahun tidak gagah seperti dahulu.

Sepanjang menjadi orang nombor satu  negara beliau  mengilhamkan beberapa agenda seperti pembangunan Modal Insan, Islam Hadhari, Pelan Integriti Nasional, Misi Nasional, Pembangunan Koridor Ekonomi, Halal Industri, Dunia Waqaf dan Integriti.

Tun Abdullah berasal dari Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober 2003 dan beliau juga  adalah cucu kepada tokoh agama terkenal di Pulau Pinang, Abdullah Fahim.

Setiausaha Agung LEGASI, Dr Muhammad Hakimi Mohd Shafiai berkata, program menampilkan gaya hidup sihat itu diilhamkan oleh Tun Abdullah Badawi sejak awal tahun bertujuan mewujudkan sikap cinta masyarakat terhadap  alam sekitar dan mewujudkan  hubungan kekeluargaan melalui aktiviti sukan.

Menurut beliau, program larian itu mempunyai kelainan daripada penganjuran aktiviti larian lain kerana menonjolkan dua misi utama iaitu ertujuan mewujudkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang dalam kalangan golongan orang  kurang upaya (OKU).

Kata Dr  Muhammad, larian itu dibahagikan kepada dua katogeri terdiri dari  tiga kilometer (km) dan 10 km bagi katogeri terbuka, veteran, lelaki dan wanita yang mendapat penajaan utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan  Media Prima Sdn Bhd.

"Melalui sokongan dan  penyertaan menggalakkan ini kita bercadang menjadikan aktiviti larian ini sebagai acara tahunan dan menyasarkan lebih banyak penyertaan pada masa depan".

"Kita turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) melalui Tabung Bersamamu TV3 hasil sumbangan LEGASI dan peserta larian," katanya.

Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah Penaung Pengasas pertubuhan LEGASI yang ditubuhkan pada 4 September 2016 yang secara umumnya pertubuhan ini merupakan Jawatankuasa Induk yang menganjurkan program bersifat ilmiah dan advokasi seperti syarahan umum, forum dan bicara negarawan termasuklah negarawan terdahulu sehingga kini.

19
2
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago