INGAT filem blockbuster ‘Bobby’, ingat kepada aktres seksi jelita Dimple Kapadia. Ingat superstar Rajesh Khanna, ingat Dimple Kapadia. ‘Bobby’ dan Rajesh adalah rantaian penting dalam kehidupan Dimple. : KitaReporters.com
DIMPLE Kapadia bersama Rishi Kapoor dalam 'Bobby', filem blockbuster cinta remaja.
‘Bobby’ adalah penampilan sulung Dimple, 60, di layar perak pada usia 16 tahun.
Filem cinta remaja ini menggandingkan dia dengan Rishi Kapoor, ketika itu berusia 18 tahun. Filem ini dikeluar dan diarahkan oleh aktor tersohor Raaj Kapoor, bapa Rishi.
Dimple bersaing dengan Neetu Singh sewaktu ‘audition’ bagi pemilihan heroin untuk ‘Bobby’. Akhirnya Dimple yang terpilih.
Untuk rekod, Rishi dan Neetu berlakon bersama dalam beberapa buah filem dan akhirnya berkahwin.
‘Bobby’ mencapai kejayaan luar biasa di India dan luar India. Ia menjadi filem gilaan remaja.
Kejayaan filem itu menjulang nama Dimple dan Rishi yang dianggap sebagai ikon cinta remaja. Dalam sekelip mata Dimple dan Rishi menjadi bintang pujaan.
DIMPLE KAPADIA pada hari perkahwinan dengan Rajesh Khanna tahun 1973.
Rishi dan Dimple membawa kisah cinta mereka ke luar layar perak, namun tidak bertahan lama.
Aktor Rajesh Khanna lantas melamar Dimple dan mendirikan rumah tangga pada 1973, tahun yang sama ‘Bobby’ ditayangkan.
Selepas berkahwin, Dimple mengundurkan diri daripada filem untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan dua anak, Twinkle Khanna dan dan Rinke Khanna.
Bagaimanapun beberapa tahun kemudian Dimple kembali mewarnai dunia filem Bollywood.
Twinkle Khanna juga menceburkan diri dalam dunia perfileman Bollywood. Dia berkahwin dengan Akshay Kumar.
Sementara Akshay adalah antara bintang ternama Bollywood, Twinkle tidak sehebat suami atau ibu bapanya.
RENUNGAN manja Dimple Kapadia.
Dimple Kapadia, nama besar dalam industri filem Bollywood, zahirnya seorang aktres yang berjaya dengan rumah tangga bahagia. Namun di sebalik kehebatan ini, ada sisi hitam dalam hidupnya.
Kecantikan
wajah, nama gah yang dicipta dan bersuamikan superstar tidak menjamin tiada
ranjau dalam kehidupan. Perkahwinan yang dibina bersama Rajesh sentiada ada
pasang surut dan adakala bergelora.
Dalam kemelut rumah tangga ini, keadaan menjadi semakin buruk apabila Dimple menjalin hubungan dengan aktor Sunny Deol, 60, anak aktor veteran Dharmendra.
'MANZIL MANZIL' keluaran tahun 1984 pertama kali menemukan Sunny Deol dan Dimple Kapadia.
Hubungan ini bermula ketika Dimple masih menjadi isteri Rajesh Khanna.
Hubungan
mereka menjadi semakin intim sementara gelora rumah tangga rumah
tangga Dimple dan Rajesh semakin membadai. Kesempatan ini digunakan oleh Sunny
untuk memenangi hati Dimple sepenuhnya.
Dimple pula
memerlukan seseorang untuk mengadu dan menumpang kasih apabila rumah tangganya kian
pantas menuju kemusnahan.
Sunny dan Dimple pertama kali bertemu dalam set penggambaran filem ‘Manzil Manzil’ (1984). Cinta dalam filem diteruskan di luar filem, walaupun ketika itu Sunny juga sudah beristeri.
SUNNY DEOL bersama Poonam Dhillon.
Sunny juga dianggap playboy kerana mempunyai hubungan dengan aktres Amrita Singh dan Poonam Dhillon, bintang filem air mata ‘Noorie’.
Amrita
Singh adalah pasangan Sunny Deol ketika Sunny menceburi dunia perfileman
melalui filem ‘Betaab’. Dari situlah hubungan Sunny dan Amrita bermula.
Namun
hubungan ini putus setelah Amrita tahu Sunny sudah berkahwin dengan seorang
gadis bernama Pooja di London. Selama ini Sunny cuba menyembunyikan perkara
tersebut.
Keluarga Sunny juga dikatakan berusaha menyembunyikan perkahwinan tersebut kerana bimbang menggugat nama Sunny yang ketika itu sedang membina kejayaan dalam Bollywood.
Kerana itulah Pooja menetap di London dan Sunny melawatnya bila kelapangan.
SUNNY DEOL bersama Amrita Singh.
Putus dengan Amrita, Sunny beralih kasih kepada Dimple. Masalah yang dihadapi oleh Dimple dengan Rajesh menjadikan Sunny sebagai piihan mudah Dimple untuk tempat berlindung.
Dengan Dimple, hubungan kasih Sunny marak hingga kini. Mereka pergi melancong bersama ke London dan Monaco. Ada yang nampak mereka begitu mesra sambil berpegangan tangan. Malah ada video mengenainya yang kemudian diviralkan.
Selain itu, pasangan ini sering kelihatan sering bersama-sama, khususnya ketika menghadiri majlis-majlis tertentu. Amrita Singh sendiri mengesahkan kisah cinta bekas buah hatinya itu dengan Dimple.
Selain 'Manzil Manzil', Sunny dan Dimple bergandingan dalam beberapa buah filem lain, antaranya ‘Arjun’, ‘Aag Ka Gola’, ‘Gunah’ dan ‘Narasimha’.
Gandingan yang kerap dalam filem menjadikan hubungan mereka kian rapat.
Sewaktu adik Dimple, Simple Kapadia meninggal dunia, Sunny juga ada di sisi menemani dan menghiburkan hati Dimple yang dilanda duka.
Malah pernah dikhabarkan Dimple dan Sunny sudah berkahwin secara rahsia. Namun tidak ada berita sahih mengesahkan perkara ini.
Yang pasti hubungan yang terbina sejak tahun 80-an itu masih kekal sehingga hari ini. Hubungan ini jugalah antara punca yang meruntuhkan rumah tangga Dimple dan Rajesh Khanna.
MESRANYA Dimple Kapadia dalam pelukan Sunny Deol.
Selama ini Dimple dan Sunny cuba merahsiakan hubungan mereka walau pun sudah dapat dihidu. Namun apabila tersebar video keintiman mereka, sukar bagi mereka untuk menafikannya lagi.
Pendedahan
video ini juga turut memalit anak Dimple, Twinkle dan suaminya, Akshay
Kumar. Mereka tentu tumpang malu dengan hal tersebut, terutama dalam kalangan
Bollywood.
Barangkali
eposid ini selesai jika Dimple dan Sunny memuktamadkan hubungan mereka dengan
ikatan perkahwinan. Tetapi sediakah mereka berbuat demikian? - KitaReporters.com