PEMBATALAN konsert ‘Map of the Soul: 7’ kerana virus Covid-19 mungkin mengecewakan sebahagian peminat BTS di Korea Selatan. Namun bagi sebahagian lagi ARMY (sebutan bagi peminat BTS), ini merupakan kesempatan emas untuk menderma. : KitaReporters
Konsert ‘Map of the Soul: 7’ kumpulan BTS dibatal kerana virus Covid-19. - Kredit foto: Instagram BTS
Kira-kira 5 jam setelah Big Hit Entertainment mengumumkan pembatalan konsert, ARMY mengadakan kempen derma untuk mangsa virus Covid-19.
Setakat ini, ARMY sudah mengumpul derma sebanyak KRW19.38 juta (RM68,000) dan jumlah tersebut dijangka terus meningkat.
Setakat Sabtu, 28 Februari 2020, media tempatan melaporkan, ada 453 penyumbang kepada Hope Bridge National Disaster Relief Association.
Lembaga itu merupakan tempat di mana Suga, iaitu salah seorang anggota BTS, menyalurkan sumbangan peribadinya sebesar KRW100 juta (lebih RM351,000) untuk mangsa Covid-19 pada Jumaat, 27 Februari 2020.
BTS adalah salah satu kumpulan K-Pop paling terkenal di Korea dan seluruh dunia. - KitaReporters
Laporan dan statistik terkini mengenai wabak COVID-19 di https://kitareporters.com/coronavirus
Tags: