Santai 05 Mar, 2020

GAME SATU: TMJ VERSUS SAFAWI VERSUS SYIFA

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this
KEMENANGAN Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings (2-1)  dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) nampaknya gagal membendung kemarahan pemilik kelab bola sepak terkaya di Malaysia itu terhadap salah seorang bintang mudanya. Maka bermulalah "game" sengit dalam "stadium" media sosial yang ditonton oleh jutaan netizen. : KitaReporters

Berdasarkan posting dalam akaun Instagramnya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hilang sabar dengan prestasi merudum bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid yang dikatakan sedang hangat bercinta.

Terdahulu, JDT beraksi dalam tiga perlawanan termasuk satu perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M) menentang Kedah serta dua perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan berjaya memulakan kempen musim baharu dengan langkah membanggakan.

Bagaimanapun, dua kemenangan masing-masing ke atas Kedah (1-0) untuk menjulang Piala Sumbangsih dan kejayaan mengejutkan tapi membanggakan ke atas kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings (2-1) dilihat masih belum memberi tanda kelegaaan buat TMJ.

Perlu disebut, JDT tewas (1-5) kepada Vissel Kobe dari Jepun  dalam perlawanan pertama ACL di Jepun.


Menurut postingnya, Tunku Mahkota Johor itu mendakwa kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) pada musim lalu adalah disebabkan oleh desakan daripada kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Melvin untuk mengadakan majlis perkahwinan bersama Safawi. 

Akibatnya, pemain Harimau Malaya itu, tegas Tunku Ismail, hilang fokus dan prestasinya merudum hingga gagal memberi persembahkan terbaik dalam padang.

“Kemaruk sangat paksa ‘boyfriend’ kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh ‘boyfriend’ kahwin pasal takut terlepas, ‘boyfriend’ kaya, popular.

“Satu keluarga kemaruk cari lelaki kaya dari dulu. Patut makin hancur ‘performance’ budak ini. Kepala dah tak ada dalam padang,” kata Tunku Ismail dalam laman sosial Instagramnya. 

Sehubungan itu, TMJ  menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap pemain sayap berkaki kiri itu dan berasa samar-samar dengan tanggungjawab yang diharapkan dapat digalas oleh Safawi, yang jelas berbeza dengan aksinya pada musim lalu.


Sehubungan itu, Tuanku Ismail memberi amaran ‘keras’ kepada Safawi untuk segera mempertingkatkan prestasinya atau menghadapi kemungkinan disingkirkan.

“Tidak ada sesiapa yang lebih besar daripada kelab. Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena ‘pressure’ setiap hari dipaksa kahwin. 

"Semoga maju jaya. Dalam hidup ada manusia bawa rezeki ada manusia bawa s***,” ujarnya.

Sementara itu, dalam posting yang lain, Tunku Ismail turut menasihatkan Syifa supaya tidak mengambil kesempatan ke atas Safawi.

“Kekasih anda sepatutnya bukan tempat untuk mendapatkan duit tetapi ia dibina atas perhubungan bukannya suatu pekerjaan. 

"Faham tak S M (Syifa Melvin)?”  - KitaReporter

18
2
1
3
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago