Santai 28 Feb, 2020

TAHNIAH TASHA-ATIQ!! SEMOGA KEKAL KE JANNAH

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
DETIK menuju ambang bahagia antara pelakon Tasha Shilla (Natasha Sheila Abdul Razak), 33, dan Muhammad Atiq Idris, 33,  berlangsung pantas. Berkenalan dua bulan lalu, lalu bertunang pada Ahad 23 Februari, 2020 dan lima hari kemudian iaitu pagi Jumaat, 28 Februari 2020, mereka rasmi menjadi suami isteri. - KitaReporters.com

Ayah Tasha, Abd Razak Razali menikahkan Tasha di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 28 Februari 2020. - Kredit Foto: Instagram Tashashilla

Masjid Wilayah Persekutuan menjadi mencatatkan suasana indah bagi pasangan ini. 

Perkenalan bermula ketika kedua-duanya melakukan kerja amal di masjid itu, majlis pertunangan juga diadakan di sana dan majlis akad nikah juga diadakan di tempat yang sama.

Akad nikah secara tertutup pada jam 9.59 pagi Jumaat, 28 Februari 2020.

Pelakon Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada Muhammad Atiq dalam satu majlis tertutup yang sederhana.

Tasha dan Atiq hanya bertunang selama lima hari. - Kredit foto: Instagram Tashasilla

Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ehsan Mohd Hosni.

Tasha menerima sebentuk cincin dan mas kahwin sebanyak RM800 serta wang hantaran yang dirahsiakan.

Ketika majlis pertunangan pada Ahad, 23 Februari 2020, Tasha menyatakan dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini.

Tasha dijangka akan menetapkan di Singapura bersama suami yang bekerja dalam bidang kewangan di republik itu. - KitaReporters.com

Tasha Shilla akan menetap di Singapura mengikut suami yang bertugas di sana. - Kredit foto: Instagram Tashashilla


0
2
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago