ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com
Menulis Dari Jiwa... Renungan
Sudah-sudahlah menuding jari. Asyik cari salah orang. Salah kita bagaimana. Orang nampak, kita yang tak nampak
Sebab kita rasa kita sempurna. Pada hal kita pun banyak buat silap. Tetapi sebab ego. Kita buat macam baik sangat. Elok muhasabah diri..
Itu kata Yati pada orang yang selalu bangga dengan dirinya, konon tak pernah buat salah.
Perkongsian ini sekadar mengingati diri sendiri dan panduan untuk semua yang singgah membaca catatan ini.
Kata Yati ada kawannya yang sangat taksub mencari salah orang. Pantang ada yang buat salah, macam murai mulutnya membebel.
Satu pejabat tahu perangai dia. Tak ada orang yang betul, semua salah.
Perkara kecil dibesarkan. Yang tak ada diada-adakan. Tokok tambah nombor satu. Betul salah belakang kira. Yang penting dia boleh canang cerita
Ramai yang menegur. Tapi dia tak makan saman. Buat tak dengar, macam tak buat salah. Lagi dibiar lagi menjadi.
Akhirnya semua orang pulau. Tak layan lagi perangai dia. Biar dia syok sendiri.
Semoga Allah buka pintu hatinya untuk berubah
Kasihan dia. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak. Demikian sikap manusia!
Terima kasih Yati kongsi kisah ini.
Iktibar dari kisah ini
Jangan selalu rasa kita hebat. Jangan rasa kita sempurna. Ingat Allah, ingat dosa pahala
Orang yang sikap begitu sebenarnya sakit. Sakit jiwa, sakit minda. Rohaninya tidak sihat. Kurang iman, kurang ilmu
Maafkan mereka. Jangan berdendam. Jangan simpan di hati segala kata-katanya.
Serah pada Allah. Mohon Allah bersihkan hatinnya. Kita pula jangan putuskan silaturrahim
❤️🌹 Jadilah seperti sekuntum mawar, harum mewangi dan disayangi orang, jangan seperti langau, melihat sahaja orang dah menepis. ❤️🌹 - KitaReporters.com