SERONOK jika berada di tempat bersih, walaupun dengan kos hidup mahal, sedikit sebanyak mungkin lebih berbaloi jika dibandingkan dengan tempat kotor dengan segalanya murah belaka. Jauh jika Malaysia dibandingkan dengan Singapura untuk tersenarai dalam 10 Bandar Teratas Paling Bersih di Dunia, tetapi bertuah kerana tidak termasuk dalam antara Negara Paling Mahal di Dunia. : KitaReporters.com
Indah, bersih dan terasa segar, pemandangan bandar raya Singapura.
Bandar Negara Pulau di dunia, Singapura sangat terkenal dengan beberapa peraturan yang ketat mengenai isu-isi alam sekitar dan kebersihan di segenap kawasannya.
Ini antara sebabnya ia berjaya menjadi antara negara terbersih kerana telah meletakkan denda yang tinggi
bagi kesalahan membuang sampah merata-rata dan mengharamkan pemakanan gula-gula
getah serta larangan memotong pokok di kawasan perlindungan.
Hampir 10 peratus daripada tanah di Singapura diperuntukkan untuk taman dan rizab alam semula jadi. Bandar ini juga telah melancarkan beberapa kempen penanaman pokok untuk meningkatkan kualiti hidup.
Garden By The Bay, antara taman tercantik, terindah dan moden yang dibina di tengah bandar raya Singapura.
Malah, walaupun Singapura antara bandar yang paling ramai dikunjungi pelancong di dunia, namun masih dapat mengekalkan standard kebersihan mereka.
Pelancong pun gerun dengan denda yang dikeluarkan di sana. Rata-rata pulang ke negara asal membawa kembali sampah mereka.
Antara bandar
lain yang turut tersenarai sebagai negara terbersih seperti Curitiba di Brazil,
Geneva di Switzerland, Vienaa, Austria, Chicago, Amerika Syarikat dan Hamburg
di Jerman.
Walaupun di lorong-lorong, Singapura tetap mengekalkan keindahan dan kebersihan. Membeli pun rasa selesa.
Dalam pada itu, sudahlah ia terbersih pada tahun lalu (2019) melalui laporan dikeluarkan, Unit Risikan Ekonomi telah meletakkan Singapura sekali lagi muncul sebagai bandar raya paling mahal di dunia selepas satu kajian bagi membandingkan kos sara hidup di 133 bandar diumumkan.
Berada di belakang Singapura ialah Paris (Perancis) diikuti Oslo (Norway), Zurich (Switzerland) dan Sydney (Australia).
Manakala, bandar raya di Pakistan dan India, termasuk Karachi, Bangalore serta Mumbai tersenarai dalam lima bandar paling murah.
Menurut
laporan itu, harga barangan runcit asas termasuk roti di Singapura adalah lebih
11 peratus lebih mahal berbanding New York.
Roti canai dan murtabak Singapura antara hidangan yang mahal, namun tetap popular dalam kalangan pelancong. Begitu popular di Arab Street.
Selain itu, Singapura juga bandar raya paling mahal di dunia untuk membeli pakaian. Kedai pakaian di Singapura meletakkan harga premium 50 peratus lebih tinggi berbanding New York.
Manakala, bagi harga kereta pula sangat mahal dan kos pengangkutan di bandar itu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding di Kota New York. – KitaReporters.com