Santai 23 Dec, 2019

MEDSOS: TAK PERLU TUNJUK-TUNJUK KEMEWAHAN

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Renungan... Menulis Dari Jiwa

Berhenti raih perhatian. Hidup bukan pertandingan. Tapi satu perjalanan

Sikap kita peribadi kita. Ada suka ada tak suka. Demikian ragam manusia

Sebelum melarat, jom cermin diri.

Tak payah nak menunjuk-nunjuk sangat kalau kita itu hidup mewah. Simpan sikap riak itu. Allah tak suka orang yang suka berlagak.

Lagipun apa yang kita ada hanya pinjaman. Bila-bila Dia boleh ambil balik.

Maaf!

Ini tidak, berjaja sana sini kisah sendiri. Konon nak kongsi bahagia tapi tak sedar orang tak suka. 

Riak tak bertempat. Sudahnya kawan semua lari, letih melayan orang syok sendiri.


Demikian inti pati perkongsian hari ini.

Kisah orang suka meninggi diri. Suka bangga diri. Cakap ikut sedap mulut. Tak kisah perasaan orang.

Ila namanya.

Seorang eksekutif vogue katanya. Pakai barang berjenama, rumah mewah, kereta menjalar. Dari pandangan orang luar, dia memang hebat.

Di mata kami yang kenal dia, tiada yang istimewa, kata Anita membuka bicara.

Bukan niat mengata. Cuma nak berkongsi rasa. Tentang sikap manusia. Yang pentingkan dunia. Asyik mengejar harta. Sampai lupa segala

Mana tidaknya, kata Anita. 

Kalau bercakap tak mahu kalah. Dia tahu semua. Dia ada segala. Sebut tempat, dia juga dah pergi ke sana. Sebut barang, dia pun ada. Tak pernah mengaku tak ada. Hebatnya dia.


Menurut Anita, gaya hidup dia memang mewah. Shopping, melancong, spa, dan gym jadi rutin. Kalau cerita bab ini memang 7 hari 7 malam tak habis. Megah cerita, macam orang lain tak pernah merasa.

Sakit telinga dibuatnya. Tak mahu dia kecil hati, dengar juga tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Saudari serba tahu ini memang bijak.

Tahu sahaja dia cara nak beli jiwa bos. Hadiah sentiasa ada. Tak perlu tunggu birthday boss. Jadi kalau tak buat kerja pun boss tak bising. Selalu terlepas kena marah.

Bos nampak yang baik-baik sahaja. Kalau kita cerita pun orang tak percaya, kita pula dikata cemburu, iri hati.


Duhai teman. Berubahlah jika terbaca status ini.

Jom sama-sama kita muhasabah diri. Cukuplah jadi hipokrit. Berbalik pada realiti. Cermin diri, pinta Anita.

Tidak ke manapun harta dunia dan mewah segala jika disalah guna. Ingat hidup ini sementara. Sebelum terlambat baik beringat.

Cari pahala, kejar berkat. Insya-Allah selamat.


Iktibar dari kisah ini.

Buang sikap riak. Ingat kita semua tidak sempurna. Rezeki juga berbeza.

Jangan sakiti orang kerana kata-kata kita. Kan manis berbudi bahasa.

Perasaan orang pun kena jaga, tak semua bernasib baik macam kita. Fikirkan juga susah mereka, bantu jika redha. Dapat pahala, Allah pun suka.

Dalam hidup, jangan penting diri. Kita tak tahu nasib kita. Sebelum Allah bagi ujian, berdoalah semoga dipermudahkan segala urusan.

Urusan sesama manusia, urusan dengan Tuhan.

Seperti kata Anita, indah kata kerana bahasa, indah budi kerana hati.


❤️🌹 Jadilah seperti air sungai yang sentiasa mengalir walau ada kayu atau batu yang menghalang, dinginnya tetap terasa. ❤️🌹 - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago