BENARKAH meminum air kencing lembu menjadikan kita terhindar daripada terkena wabak COVID-19 yang menular di seluruh dunia ketika ini?? : KitaReporters
Gambar: IG @coronaviruscontagion
Sehingga hari ini pakar-pakar perubatan masih lagi buntu mencari vaksin yang terbaik bagi mengekang penularan penyakit ini dari berleluasa; lebih menyedihkan ada antara mereka terpaksa berkorban nyawa demi mendapatkan sampel tonik yang berkesan semasa membuat kajian.
Di India, sekumpulan penganut agama Hindu telah menganjurkan satu acara meminum air kencing lembu yang dipercayai dapat mengekang wabak penyakit itu dari menular selain memberi tenaga dan menguatkan antibodi peminumnya.
Memetik laporan Berita Harian, acara yang dilakukan oleh sekumpulan penganut yang dikenali sebagai Akhil Bharat Hindu Mahasabha (Kesatuan Hindu India) berharap acara ini dapat diperluaskan di wilayah-wilayah berhampiran yang lain dengan mengetahui kelebihan dan kebaikan khasiatnya.
“Kami sudah minum air kencing lembu selama 21 tahun. Kami juga mandi dengan najis lembu. Kami tidak perlu makan ubat dari Barat,” kata salah seorang peserta dalam acara itu.
Gambar Reuters/Dansih Siddique
Pimpinan-pimpinan besar di sana termasuk Perdana Menteri India, Narendra Modi turut menyokong acara itu diperluaskan dengan meminum air kencing lembu sekerap boleh yang disifatkan sebagai ubat serta dapat mengubati barah.
Ketua Kesatuan Hindu India, Chakrapani Maharaj sebelum itu turut mempamerkan gambar bersama sesudu air kencing lembu sebagai tanda sokongan padu terhadap kepercayaan dan kaedah yang sebegitu.
Penerima orang-orang besar di India turut merancakkan lagi acara itu dengan kepercayaan yang tinggi untuk menyekat wabak COVID-19 dari terus berleluasa.
Sementara itu tinjauan dalam ruangan komentar di laman berkenaan tidak seperti yang disangkakan, rata-ratanya menyifatkan memakan atau meminum kotoran dari najis haiwan adalah sesuatu yang ketinggalan zaman dan tidak masuk akal.
Kelemahan fakta secara saintifik menjadikan kaedah sebegitu tidak diterima dan seperti yang diketahui najis atau air kumbahan haiwan adalah sesuatu yang menjijikkan dan memudaratkan.
"Ni adalah salah sebuah negara yang boleh kita claimed sebagai negara yang menyebarluaskan kotoran dan virus COVID-19.
"Negara yang pengotor dan ketinggalan zaman, pemikirannya seperti orang gila!
"Kalau betul boleh sembuh alhamdulillah.. buat vaksin kencing lembu.
"Itu kepercayaan mereka dan ikhtiar bagi mereka. Jadi, ambil sahaja berita ini sebagai ilmu," antara respons-respons yang dilontarkan oleh netizen.
Antara respons-respons netizen.
Namun, pakar-pakar kesihatan berulang kali menegaskan bahawa air kencing lembu tidak mampu merawat penyakit barah, apatah lagi tiada bukti mampu mencegah COVID-19. - KitaReporters