MEMILIKI anak kecil pasti memenatkan dan semestinya ibu adalah ‘rakan karib’ kepada si kecil berkenaan. Lebih menyukarkan jika si kecil mahu senantiasa berkepit dengan si ibu. : KitaReporters.com
Si kecil yang cenderung untuk berdamping sepanjang masa dengan ibu tentunya membantut segala aktiviti ibunya, sekali gus menyebabkan si ibu sukar untuk memberikan tumpuan kepada perkara lain termasuk kerja-kerja rumah kerana si kecil akan menangis setiap kali melihat ibunya tiada di sisi mereka.
Jadi, tidak hairanlah jika ada segelintir daripada anda yang ‘terseksa’ kerana anak yang terlalu suka berkepit tidak kira siang ataupun malam.
Baru-baru ini di Jepun, seorang ibu muda menggunakan caranya yang tersendiri untuk memastikan si anak tidak menangis ketika dia tiada di rumah.
Ibu kreatif
itu mencetak gambar dirinya sendiri mengikut ukuran sebenar si ibu di atas sekeping kad!
Menurut ibu
muda berkenaan, kesukaran membuat kerja-kerja rumah mendorong dirinya menempah
gambarnya sendiri bagi menjadi klon kepada dirinya.
“Anak saya yang berusia setahun akan menangis sebaik sahaja melihat saya tiada di sininya.
"Sebagai mengatasi masalah itu, saya menjalankan eksperimen untuk melihat apa yang akan berlaku jika saya mencipta kad bersaiz manusia” kata @sato_nezi yang berkongsi kaedah tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.
Perkongsian
berkenaan yang dimuat naik pada 8 Disember lalu dan disaksikan kira-kira 44,500 pengguna.
Menerusi
video yang dimuat naik di Twitter, kelihatan si anak sedang leka menonton
televisyen sambil ditemani kad ibunya, manakala si bapa pula merekodkan segala aktiviti
berkenaan.
Lebih
melucukan lagi, si kecil turut sempat tersenyum kepada ‘ibunya’ sebelum kembali
menonton televisyen.
Bagaimanapun helah itu berjaya bertahan hingga minit yang ke-20 sebelum si anak akhirnya mengetahui bahawa kad itu bukan ibunya yang sebenar!
Sebaik sahaja kebenaran terdedah, anak ini terus menangis dan memanggil-manggil ibu kandungnya.
Walaupun
cuma tempoh yang sekejap, taktik ini ternyata boleh digunakan pakai oleh ibu
bapa di luar sana yang memiliki anak kecil yang langsung tidak mahu berenggang.
Jom kita saksikan video taktik ibu muda ini mengaburi si kecil bagi elak si kecil berkepit sepanjang masa. - KitaReporters.com