Santai 09 Dec, 2019

ANAK CALAR KERETA, BAPA BAYAR GANTI RUGI

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SEPASANG suami isteri terkedu kerana terpaksa membayar pampasan sebagai ganti selepas anaknya membuat ‘perangai’ ketika mengunjungi pusat pameran kereta mewah di bandar Guilin, China baru-baru ini. : KitaReporters.com

KERETA mewah jenis Audi Q8 yang bernilai hampir sejuta yuen antara yang menjadi 'mangsa' selepas dicalar oleh anak pasangan Zhao ketika mengunjungi bilik pameran kereta mewah di bandar Guilin, China, baru-baru ini.


Dalam kejadian di bandar Guilin itu, pasangan muda yang dikenali dikenali Zhao tidak menyangka perbuatan anaknya yang mencalarkan 10 buah kereta Audi termasuk Audi Q8 yang bernilai hampir sejuta Yuen membawa mimpi ngeri sehingga terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM41,000 (70,000 Yuen) sebagai ganti rugi.

Menurut Zhao, ketika mengunjungi bilik pameran kereta mewah di bandar itu, anaknya yang berusia tiga tahun menggunakan batu kecil untuk mencalar kenderaan mewah di bilik pameran berkenaan.

Perbuatan anaknya itu telah meninggalkan lebih 10 kesan calar pada kenderaan berkenaan.

Keadaan berkenaan membuat pasangan berkenaan panik selepas Mahkamah Rakyat Gui memerintah untuk membayar ganti rugi berkenaan.

Terdahulu, pihak pengurusan kedai menuntut ganti rugi sebanyak RM200,000 (118,000 yuen) dan menjelaskan kos berkenaan hanya ganti rugi sementara dan kerugian yang kekal bakal ditentukan oleh penilai.

KESAN calar yang dihasilkan oleh  anak perempuan pasangan Zhao ketika mengunjungi bilik pameran kereta mewah di bandar Guilin, baru-baru ini.


Pemilik kedai berkenaan mendakwa kereta Audi yang baru tidak boleh membaik pulih kesan calar berkenaan kerana selepas dijual kereta berkenaan pembeli boleh menuntut ganti rugi tiga kali ganda daripada pihaknya kerana dianggap menipu pembeli.

Malah kenderaan berkenaan hanya boleh dijual pada harga yang lebih rendah.

Bagaimanapun, selepas proses penilaian dilakukan pihak mahkamah pada 3 Disember lalu, mahkamah memerintahkan pasangan berkenaan perlu membayar kos ganti rugi sebanyak RM41,000 (70,000 yuen) kepada syarikat penjualan kereta mewah  berkenan.

Sementara itu, pasangan itu berkata, dia memperoleh pengajaran dengan apa yang berlaku dan berjanji akan lebih berhati-hati dengan anak perempuannya.

Malah hakim yang mengendalikan kes berkenaan juga mengingatkan alasan kanak-kanak berkenaan terlalu kecil dan tidak masuk akal dengan perbuatan si kecil bukan alasan kepada semua ibu bapa di luar untuk tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan anak.

“Sebagai ibu bapa pasangan berkenaan perlu memantau dan mendidik supaya menyayangi harta serta mengawal pergerakan anak walaupun berada di luar rumah,” kata hakim berkenaan yang mengendalikan kes berkenaan di Mahkamah Rakyat daerah Lingui, bandar Guilin.

Semoga kejadian berkenaan menjadi panduan kepada ibu bapa untuk lebih berhati-hati dan sentiasa memantau pergerakan ketika berada di kawasan awam. - KitaReporters.com

10
12
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago