Santai 01 Feb, 2020

NCOV: SUPER JUNIOR, LOUIS KOO BERI BANTUAN

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SELEBRITI Korea Selatan dan Hong Kong tampil memberi sumbangan kepada usaha mencegah dan mengawal penularan wabak berjangkit 2019 Novel Koronavirus atau 2019-nCoV, yang telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai darurat kesihatan global. : KitaReporters.com 

Louis Koo dikenali bersifat pemurah dan dermawan. - Kredit foto Mother Ship

Salah seorang bintang terkenal Hong Kong,  Louis Koo, 49, menderma 10 juta yuan atau kira-kira RM5.8 juta kepada sebuah pertubuhan di Wuhan, China bagi memerangi koronavirus. 

Louis Koo adalah Duta Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang dikenali sebagai dermawan dan insan pemurah.

Popular dalam  drama bersiri At The Threshold of an Era, Louis Koo membiayai kos membeli kelengkapan perubatan bagi menangani virus berkenaan.

Pelakon berusia 49 tahun itu mula aktif dalam kerja kebajikan sejak gempa bumi melanda wilayah Sichuan pada 2008.

Sejak itu, Louis Koo dikatakan menyumbang dalam projek pembinaan 100 sekolah, 18 klinik dan 750 projek saluran air di kawasan pedalaman di China.

Mula melakukan kerja kebajikan sejak 1998 ketika wilayah Sichuan, China mengalami bencana gempa bumi. - Foto blog Louis Koo

Louis Foo mempunyai pengalaman kelam sebelum berjaya sebagai artis berpendapatan lumayan.

Mula bekerja pada usia 15 tahun dan ketika berusia 18 tahun, dia terbabit dengan kes rompakan sehingga merengkuk di penjara selama 22 bulan.

Namun, Louis Koo insaf dan meneruskan hidup bekerja sebagai pengawal keselamatan serta pelayan kedai makanan segera, sebelum bergelar pelakon. 

Louis Koo yang  lahir pada 21 Oktober 1970 di Hong Kong merupakan anak kepada seorang pelakon yang kemudian menjadi usahawan.

Louis Koo mula berlakon dalam tahun 1994 dan kemudian menjadi produser melalui syarikat filem dikenali sebagai One Cool Film Production.
Dia telah menerima sejumlah kemenangan dalam festival filem peringkat Asia dan di Hong Kong.

Super Junior agihkan topeng muka untuk kanak-kanak dan remaja. - Foto Soompi


Semenara itu, salah satu kumpulan baru yang popular di Korea  Selatan, Super Junior mengambil inisiatif menyumbang 10,000 keping topeng muka bagi membendung penularan wabak koronavirus di negara itu.

Menurut laporan Soompi, Super Junior menyerahkan topeng muka itu kepada The Community Chest of Korea untuk diagihkan kepada kanak-kanak serta remaja di bawah jabatan kebajikan.

Wakil Super Junior berkata, topeng itu diberi secara percuma kepada golongan tersebut kerana mereka lebih terdedah dengan ancaman virus itu.

"Dengan Koronavirus yang baru tersebar di Korea, kita memutuskan untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak kerana sistem imunisasi mereka masih rendah, tambahan pula mereka aktif di luar kawasan rumah.

"Ini adalah usaha kecil kami tapi besar harapan ia akan membantu mengurangkan risiko jangkitan," katanya.

Kumpulan ini muncul dengan album kesembilan, Timeless pada Selasa, 28 Januari 2020.

Album TIMELESS menduduki tempat pertama dalam carta album teratas iTunes

Bagaimanapun, mereka menangguhkan rakaman persembahan Super Junior The Stage berikutan penularan wabak Koronavirus.

Album baru Super Junior 'TIMELESS' mendapat respons  yang luar biasa daripada para peminat global.

Pada 28 Januari lalu, album repackage ke-9 Super Junior 'TIMELESS' menduduki tempat pertama carta album teratas iTunes di 26 negara. Ia meliputi beberapa negara di Eropah, Amerika Selatan dan Asia. - KitaReporters.com

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago