Santai 20 Feb, 2020

DSV VERSUS DIVA AA: "KITA SAMAN UNCLE AZWAN"

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

DALAM suasana yang pilu bercampur rasa kecewa, jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Seri Vida (DSV) dengan berat hati meluahkan keputusan akan meneruskan tuntutan saman malu terhadap selebriti Azwan Ali. : KitaReporters.com

DSV bersama peguamnya, Adnan Seman dan anaknya Che B di sidang media yang berlangsung pada 20 Februari 2020.


“Saya tidak nampak keikhlasan atau pun rasa kekesalan pada tindakan permohonan maaf yang dilafazkan oleh Azwan Ali  minggu lalu,” ujar DSV sebak pada majlis sidang media yang diadakan di Hotel One World pada Khamis, 20 Februari 2020. 

Turut hadir pengacara Roslan Shah dan Azza Elite selaku pengacara majlis.

Air mata yang mengalir menggambarkan betapa kecewanya DSV terhadap kata-kata Azwan Ali yang walaupun membuat permohonan maaf dan bersedia menarik balik segala video dan cacian yang dimuat naik dalam Twitternya, namun kata-kata yang dilemparkan tetap menyakitkan hatinya.

Mengalihkan pandangan kepada anaknya, Che B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15,  yang duduk disebelah, DSV bertanya apakah langkah yang harus diambil waima, Che B menjawab: “Kita saman Uncle Azwan.”

Menurut DSV, hatinya remuk apabila menonton sidang media yang dibuat Azwan secara ‘live’ malah Azwan sempat pula mencerca nama Che B dengan menganggap anaknya itu ‘lebih kuah dari sudu’ serta memperkecilkan status peguamnya, Tetuan Adnan Seman.


“Bukan niat saya untuk memanjangkan isu ini tetapi saya tidak dapat menerima kata-kata yang dilemparkan, malah saya bukan saman kerana wang ringgit tetapi demi mempertahankan imej dan perniagaan saya dan semoga selepas ini, Azwan tidak dengan sewenang-wenangnya berani membuat caci hamun melalui laman sosial,” tambah Vida.

“Sebenrnya, saya ambil masa lebih seminggu untuk berfikir sebelum tindakan saman ini diambil dan tiada pihak pun yang menjadi batu api atau cucuk saya untuk tindakan ini seperti pendapat Azwan,” sambungnya sedih.

Sebelum itu, peguamnya, Adnan Seman memberitahu, anak guamnya, Datuk Seri Vida akan terus menyerahkan tuntutan saman malu terhadap Azwan Ali memandangkan DSV tidak berpuas hati dengan cara permohonan maaf itu dilakukan.

Menurut Adnan, pihaknya akan memfailkan tuntutan saman pada Isnin atau Selasa depan terhadap Azwan di Mahkamah Shah Alam tanpa mengemukakan nilai ganti rugi.

“Biar mahkamah yang akan tentukan nilai ganti rugi am. 

"Bagaimanapun, dalam kes saman malu begini, pihak mahkamah akan mengaturkan satu mediasi untuk cuba menyelesaikan kes yang berbangkit bagi kedua-dua belah pihak sebelum perbicaraan bermula,” jelas peguam Adnan yang selama ini telah banyak mengendalikan kes saman malu.

Konflik antara DSV dan Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai ‘Diva AA' tercetus apabila Azwan memuat naik sebuah video menghina dan mencerca DSV selain membakar parfum (minyak wangi) dan selendang pemberian usahawan itu.

Malah lebih merobek hati DSV apabila Azwan menyentuh soal kematian kedua-dua anak DSV sebagai mati rentung.

“Cakaplah apa pun kepada saya tetapi saya tidak boleh terima apabila dia membangkitkan soal kematian kedua-dua anak saya tujuh tahun lalu yang dikatakan mati rentung. 

"Mereka anak syurga, badan mereka tidak rentung malah kedua-duanya ditemui di dalam bilik air berpelukan,”  kenang Vida dalam linangan air mata.

Menurutnya, sejak tragedi kebakaran itu berlaku, beliau tidak sanggup menonton berita mengenainya sehinggalah ke hari ini baharulah beliau memberanikan diri melihatnya.

Video berita kebakaran terbabit turut dipertontonkan kepada media yang memperlihatkan pihak bomba membawa keluar mayat kedua-dua anaknya.

Pada 11 Februari 2020, Azwan Ali mengadakan sidang media membuat permohonan maaf serta memadam segala video yang dimuat naik dalam laman Twitternya setelah diberi tempoh 48 jam oleh DSV untuk berbuat demikian. - KitaReporters.com

Dari kiri: Azza, Adnan, Vida, Che B dan Roslan Shah


4
1
2
0
2
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago