Santai 25 Feb, 2020

MALU DA!! MASYARAKAT KITA MASIH PENGOTOR

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this
SIKAP pengotor masyarakat yang suka membuang sampah sarap merata tempat terutama di kawasan menjadi tumpuan seperti pusat pelancongan masih berleluasa kerana tidak ada rasa tanggungjawab dan kurang cakna terhadap kebersihan alam sekitar. : KitaReporters.com

Peserta XPDC Hijau bersama sampah yang dikutip di pusat peranginan Bukit Keluang, Besut pada 22 Februari 2020.


Maka, usaha memberi kesedaran dan membuang tabiat buruk dalam menjaga kebersihan khususnya di tempat awam perlu disemai kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira had umur dan status diri.

Institut Kemahiran Mara (IKM) Besut mengambil tanggungjawab sosial mendidik pelajar institusi berkenaan dalam menjaga kebersihan dengan menganjurkan program XPDC Hijau berkolobrasi dengan sukarelawan Geng Supit Hitam membersih kawasan pelancongan di daerah Besut pada Sabtu, 22 Februari 2020.

Seramai 78 pelajar termasuk 10 guru pengiring menyertai program membersih pusat peranginan Bukit Keluang, dekat Jertih. Ia turut disokong 20 sukarelawan Geng Supit Hitam.

Pengerusi Penganjur, Tuan Mohd Solahuddin Tuan Mat berkata, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan memgutip sampah sarap  di persisiran pantai hingga ke puncak Bukit Keluang.

Katanya, program itu bertujuan meningkatkan jati diri pelajar selain menanam semangat kerjasama dan cintakan kebersihan

Pelajar dan remaja dididik sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar


Beliau berkata, Pantai Bukit Keluang dan Puncak Bukit Keluang menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama hujung minggu dan cuti umum menyebabkan kawasan itu banyak sampah dan sisa-sisa buangan yang ditinggalkan oleh orang ramai.

Tuan Mohd berkata, sukarelawan Geng Supit Hitam sememangnya sering melakukan kerja-kerja mengutip sampah yang ditinggalkan pengunjung, tetapi tidak berupaya untuk menjaga kebersihan tempat itu kerana pengunjung tidak memberi kerjasama menjaga kebersihan awam

Pantai Bukit Keluang, Besut sentiasa dikunjungi orang ramai


“Sepanjang tempoh program diadakan 70 plastik beg sampah berjaya dikutip oleh peserta,” katanya.

Beliau berharap, pengunjung yang berkunjung ke destinasi pelancongan Bukit Keluang memberi kerjasama menjaga kebersihan alam sekitar kerana tempat itu memang menarik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri. - KitaReporters.com

4
0
1
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago