HANYA pencinta haiwan faham perasaan kehilangan kucing kesayangan. Namun, tidak sangka ada segelintir pencinta kucing sanggup menyamakan darjat haiwan itu dengan manusia apabila menggelar bangkai haiwan sebagai jenazah dan mayat yang perlu melalui proses pengurusan sebelum dikebumikan. : KitaReporters
Kredit foto: IG Astro GEMPAK
Perkongsian Astro Gempak itu secara tidak langsung mencetuskan perdebatan dalam kalangan warga maya.
Banyak yang mempertikai penggunaan perkataan "jenazah" apabila perkongsian "ilmu" mengenai "pengurusan jenazah kucing" ditularkan.
Mereka berkata, perkataan yang tepat dan sewajarnya digunakan ialah "bangkai" bukan "jenazah" atau "mayat", walaupun, ia ditular atas nama "ilmu".
Kredit foto: Twitter
Lebih menyedihkan, sikap mereka saling tidak tumpah seperti golongan antivaksin yang menegakkan kepercayaan mereka walaupun menyalahi hukum agama.
Walaupun atas alasan suka-suka atau "nak buat boleh, tak buat pun boleh", apa yang tidak betul dan tidak benar, tidak sepatutnya di"halal" dalam bentuk apa sekali pun.
Salah tetap salah. Tak betul tetap tak betul!
Kredit foto: Twitter
Sementara itu, soalan mengenai hukum menanam bangkai haiwan ini pernah diajukan ke laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.
"Tidak ada sebarang nas di dalam al-Quran ataupun hadith Rasulullah S.A.W yang menyatakan dengan jelas mengenainya.
"Pada dasarnya, tiada hukum khas dalam menguruskan bangkai haiwan sebagaimana hal ehwal mengurus jenazah manusia sama ada dalam urusan mandi, mengkhafankan mahupun mengebumikan."
Ada baiknya perkongsian seperti ini tidak diuar-uarkan kerana dikhuatiri menjadi ikutan mereka yang kurang pengetahuan agama. - KitaReporters