RILISAN terbaharu kugiran pop punk, Bunkface yang bertajuk "Akhir Zaman" hadir tepat pada masanya ketika negara sedang dibelenggu krisis politik paling teruk sepanjang sejarah. Baris liriknya seperti "mana pergi suara demi rakyat" begitu tepat menggambarkan perasaan rakyat Malaysia ketika ini yang rata-rata kecewa dengan situasi politik semasa. : KitaReporters.com
TANGKAP layar video lirik Akhir Zaman oleh Bunkface.Namun, itu bukan yang paling kontroversi. Sebaik sahaja video lirik lagu tersebut dikeluarkan, banyak pihak mula mengecam Bunkface yang didakwa memasukkan ucapan berbaur kebencian kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Dalam lagu tersebut, terdapat sebaris lirik yang menyebut "LGBT, boleh pergi mampus".
Memandangkan Bunkface dikenali sebagai sebuah kugiran yang mempunyai asas genre punk, ramai pihak mengecam penggunaan baris tersebut dalam lirik kerana ia dikatakan tidak sesuai dengan budaya punk.
Sebuah portal berita muzik punk, hardcore dan metal, Unite Asia telah bertindak menurunkan tayangan video lirik tersebut di laman web mereka bagi menyatakan sokongan terhadap golongan LGBT.Terdahulu, portal itu menayangkan video lirik Akhir Zaman tanpa mengetahui lagu tersebut mempunyai baris lirik sebegitu.
Portal Unite Asia menurunkan tayangan video lirik Akhir Zaman oleh Bunkface sebagai tanda sokongan kepada golongan LGBT. - Foto: Tangkap Layar dari uniteasia.orgRata-rata yang mengecam Bunkface mendakwa kugiran itu bersikap homofobik dan tidak menggambarkan budaya punk.
Pada sisi lain, lirik yang ditulis oleh vokalisnya, Shamsul Anuar (Sam) itu turut menyuarakan penolakan kepada korupsi selain memasukkan beberapa unsur agama.
Antara unsur agama yang dimasukkan adalah rujukan kepada surah Al-Kafirun melalui baris "engkau agamamu, aku agamaku" dan surah Al-Asr melalui baris "demi masa, sila guna akal".
Setakat artikel ini ditulis, video liriknya dalam saluran rasmi Bunkface di YouTube telah mendapat lebih 78,000 tontonan dalam masa kurang sehari dimuat naik. - KitaReporters.com