Santai 13 Feb, 2020

'SEMBAH' NAIM DANIEL TUNDUKKAN 'SUMPAH'?

@fauzan ahmad
Bekerja dengan Utusan Malayisia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga berugas dengan beberapa media lain

Share this
SETELAH memenangi tempat pertama Anugerah Juara Lagu (AJL 34) melalui lagu ‘Sumpah’, Naim Daniel melancarkan single terbaru berjudul ‘Sembah’. Lagu ini sudah boleh dibeli melalui pelbagai aplikasi hiburan dan boleh juga ditonton dalam YouTube. : KitaReporters.com

Naim Daniel meraih kejayaan besar melalui kemunculan perdananya dalam Anugerah Juara Lagu (AJL). -Kredit foto: Instagram TV3


'Sembah'  dijangka mengatasi kejayaan lagu 'Sumpah'. - Kredit foto: Instagram Naimdanielx

Lagu 'Sembah' telah dilancarkan secara rasmi pada Isnin, 11 Februari 2020 dan menonton video klipnya serta lirik yang dipaparkan, dapat dijangka bawa lagu single terbaru bakal menjadi salah sebuah lagu top tahun 2020.

Lagu ini turut memuatkan petikan gitar Man Keedal sebagai artis undangan.

Lagu ini mempunyai melodi dan lirik yang lebih menarik berbanding lagu ‘Sumpah’.

Man Keedal turut muncul sebagai artis undangan dalam lagu 'Sembah'. - Kredit foto: Instagram Naimdanielx

Lagu ‘Sembah’ sesuai untuk mereka yang sukakan lagu pop berunsur percintaan dan Naim menghasilkan lirik yang benar-benar menyentuh perasaan.

Tidak mustahil lagu ‘Sembah’ akan tercalon dalam AJL 35, malah mungkin juga membolehkan Naim mengukir kejayaan sebagai juara bagi kali kedua.

Pastinya, Naim Daniel bakal menjadi fenomena baru dalam bidang seni tanah air.

Naim Daniel tergamam dengan kemenangannya kerana pertama kali menyertai AJL. - Kredit foto; Instagram TV3


Bermula sebagai pelakon, Muhammad Naim Daniel Baharin kini lebih tertumpu dalam bidang muzik sebagai penyanyi, penulis lagu dan penulis lirik. 

Pemuda berusia 22  tahun yang lahir di Negeri Sembilan pada 9 September 1997 ini bermula sebagai pelakon  kanak-kanak melalui filem ‘Dua Hati Satu Jiwa’ arahan A. Razak Mohaideen.

Dia kemudian muncul drama ‘Jelma musim pertama’ dan ‘Jelma musim kedua’ dan telefilem ‘Sebelum Kiamat’. 

Namun namanya lebih dikenali melalui bidang nyanyian dan ciptaan lagu, memandangkan dia merupakan lulusan muzik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sebelum lagu ‘Sumpah’ meletup dalam tahun 2019,  Naim telah mengeluar beberapa single iaitu ‘Sempurna’, ‘Sekali Lagi’, ‘Di dalam Kau Diriku’ dan ‘Only U’.

Naim Daniel menjemput ibu bapanya ke pentas menyanyikan lagu kemenangannya 'Sumpah'. - Kredit foto: Instagram TV3


Kini Naim Daniel bakal membawa fenomena baru dalam industri seni tanah air. 

Selama ini, Naim Daniel terkenal sebagai penyanyi media sosial,tetapi kini dia bersiap sedia untuk melangkah ke dalam industri muzik yang sebenarnya. 

Berdasarkan bakatnya dalam pelbagai bidang, Naim Daniel bakal mengambil alih fenomena M Nasir.

Instagram Naim Daniel  kini sudah mencecah 1.1 juta pengikut. - KitaReporters.com



You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Zuhayati Yazid in Santai 4 months ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 months ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 months ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias in Santai 4 months ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 months ago