Santai 25 Jan, 2020

TAKUT DIMAMAH USIA? CUBA DUA LANGKAH INI...

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this
BERPEGANG pada frasa kata Inggeris: “Beauty is in the eye of the beholder”, yang membawa maksud kecantikan itu adalah subjektif malah dilihat berlainan pada mata setiap yang melihatnya. Apa yang dilihat ‘cantik’ pada mata seseorang mungkin ‘buruk’ pada pandangan seseorang lain, begitu juga sebaliknya. : KitaReporters.com

Siti Saleha memperlihatkan produk terbaharu dari jenama L'Oreal.


Hakikatnya, wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik atau dimamah usia kan? 

Sehubungan itu, tidak hairan lambakan produk kecantikan berlumba-lumba memperkenalkan produk terbaharu masing-masing dalam memenuhi cita rasa wanita yang memiliki pelbagai jenis kulit. 

Selagi belum menemui produk yang sesuai dengan kulit wajah masing-masing selagi itulah setiap wanita akan terus mencari-cari. Tak gitu?

Terbaharu, jenama penjagaan kecantikan global, L’Oreal melancarkan dua produk antipenuaan dan pembaikan kulit dengan formula baharu disesuaikan dengan iklim tropika negara ini iaitu L’Oreal Paris Revitalift Crystal Micro Essence dan L’Oreal Paris Revitalife Day Cream.

Dua produk terbaharu dari L'Oreal Paris.

Dengan formulasi baharu yang lebih baik dan dipertingkatkan dengan evolusi saintifik terkini, L’Oréal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence adalah revolusi penjagaan kulit yang meraikan kecantikan dan keyakinan wanita. Manakala L'Oréal Paris Revitalift Day Cream yang dipertingkatkan dengan Pro-Retinol A dan SPF35 PA++, menawarkan  manfaat antipenuaan dan kulit yang segar hanya dengan dua langkah.

Barangkali bagi mereka yang sedang mencari-cari produk bersesuaian bagi  memiliki kulit bersinar umpama kilauan krystal sekali gus kelihatan awet muda, bolehlah mencubanya.

“Kita sedar dan memahami bahawa wanita kini mempunyai gaya hidup dan kerjaya yang semakin sibuk, jenama L'Oréal Paris telah merumuskan rutin penjagaan kulit yang dapat memberikan hasil yang cepat dan menambah keyakinan agar wanita kini mempunyai lebih banyak masa untuk fokus di tempat kerja mahupun di rumah,” ujar  Hoe Tran, Pengurus Produk Kumpulan untuk L'Oréal Paris Skincare pada majlis pelancaran rasmi produk berkenaan pada Jumaat, 17 Januari 2020.


Menurutnya, berpegang pada slogan, “Kerana Kita Begitu Berharga” yang melambangkan jati jenama L’Oreal Paris secara keseluruhannya, semangat untuk membantu setiap wanita menghargai uniknya kecantikan individu sambil menekankan harga diri sering dititikberatkan dalam pengeluaran produknya.

Majlis pelancaran turut dihadiri Dr. Kartini Farah Rahim, Pakar Perunding Dermatologi di AVISENA Specialist Hospital serta pelakon popular Siti Saleha.

Ketika menyampaikan  penerangan ringkasnya, Dr. Kartini  menjelaskan, memandangkan Malaysia sentiasa berhadapan sinaran matahari sepanjang tahun, kulit kita sentiasa berdepan  sinaran ultraviolet (UV) daripada matahari.

“Ia boleh merosakkan kulit  dan mengakibatkan kedutan - juga dikenali sebagai penuaan foto,” tambahnya.

 Oleh sebab itu, tambah Dr, Kartini, , L'Oréal Paris Revitalift Day Cream yang  dipertingkatkan dengan Pro-Retinol, merupakan bahan berkuasa yang mampu lembut dalam kumpulan retinoid sekali gus dapat  mengurangkan kesan penuaan foto pada kulit. 

"Secara dasar, retinoid berasal daripada Vitamin A. Untuk mengelakkan kulit kelihatan berusia dan kusam, Vitamin A adalah bahan utama dalam produk penjagaan kulit kerana ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit, menghasilkan kulit yang lebih licin, kurang kedutan dan muda, " ujar Dr. Kartini selanjutnya.  

Siti Saleha bersama Dr. Kartini Farah Rahim pada majlis pelancaran produk baru-baru ini.


Siti Saleha turut  tidak ketinggalan memberikan pendapatnya di mana katanya, kombinasi inti pati mikro dalam krim ini memberikan hasil yang mengagumkan. 

"Saya perlu memberikan yang terbaik di layar, dan saya perlu berada pada tahap 100 peratus untuk berbuat demikian. Ini termasuk mempunyai kulit yang sihat. 

"Oleh itu, saya sangat cerewet tentang perlindungan untuk kulit saya.

 "Sejak memulakan rutin dua langkah ini, kulit saya kelihatan dan terasa seperti baharu. Kulit tampak lebih berseri, penuh keyakinan. Sudah tentu, rutin yang ringkas dan mudah juga sesuai dengan jadual saya yang sibuk! " ceritanya. 



“Pada usia beginilah penggunaan produk sesuai boleh merangsang pembaharuan sel untuk melawan perkembangan garis-garis halus dan kedutan,” tambah Hoe.

Beliau yakin dua rutin utama itu jika dipraktikkan setiap hari, kulit akan sentiasa berseri-seri luar dalam.

Formula berinovasi L’Oreal, menyediakan kemewahan pada harga berpatutan, sekali gus memancarkan gaya elegan dan keunggulan seorang wanita, jelas Hoe.

Pendekata, dengan  sokongan penyelidikan perintis selama 40 tahun, setiap produk L’Oreal terbukti selamat dan berkesan sejajar dengan matlamatnya untuk mencantikkan setiap wanita  dan menetapi janjinya untuk memberikan yang terbaik seperti slogannya, ’Kerana anda begitu berharga’.

Seperti Sili Saleha anda juga boleh mendapatkan kulit yang bersinar umpama kristal hanya dengan dua langkah mudah ini ya! 

Ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang dua produk berkenaan boleh layari laman web www.lorealparis.com.my, atau ikuti laman Facebook L'Oréal Paris di www.facebook.com/lorealparismalaysia. - KitaReporters.com

Dari kiri: Lau Sook Phing, Pengurus Besar Bahagian Produk Pengguna untuk L'Oreal Malaysia; Sanjay Verm, Pengarah Komersial L'Oreal Malaysia; Marina Khong, Pengarah Pemasaran L'Oreal Malaysia bersama Siti Saleha, Hoe Tran dan Stephy Siew, Pengurus Kanan Dagangan Watsons Malaysia pada majlis pelancaran baru-baru ini.

2
0
0
0
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago