Santai 27 Sep, 2019

PENYU MENANGIS: JALAN LAMA TERENGGANU KIAN DILUPAKAN

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
JIKA anda datang untuk melancong, pulang ke kampung atau sekadar bercuti di Terengganu, jangan lupa ke Kuala Terengganu kerana kini menjadi bandar raya paling pesat berkembang di Pantai Timur.

Namun, ada beberapa aspek yang anda boleh ambil kira bagi menjadikan perjalanan anda menjadi satu memori indah dan sangat bermanfaat untuk diri dan menyumbang kepada sektor ekonomi negeri "Ganu Kita" ini. 

Satu perjalanan yang agak panjang. Sejauh 440 kilometer pergi saja dan anda mungkin teruja bila melihat banyak perubahan dan pembangunan sedang berjalan lancar di negeri sang penyu. 

Paling terkini adalah Terengganu akan menjadi negeri yang ada jambatan macam  London Bridge. Di kelilingi pusat peranginan, pulau-pulau yang indah seperti Pulau Redang, Lang Tengah dan dianugerahkan sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air pada 2008.

Kunjungilah bandar raya yang berdepan dengan Lautan China Selatan itu.



Di sini, anda boleh menikmati keindahan Pasar Payang yang dibina betul di tepian laut itu. Bersiar-siar di waterfrontnya yang tersergam indah. Menyaksikan mentari hilang di senja di Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal dan menikmati makanan laut seperti sotong, ikan bakar dan udang yang murah harganya.

Bagi penggemar bercuti di pulau, pilihlah ada banyak pulau yang boleh dikunjung dan feri yang membawa anda untuk ke tempat perhentian itu mudah diperolehi. 

Jika anda seorang pemancing inilah tempat terbaik untuk dikunjungi. Dari tempat pemancing yang banyak sehinggalah ke Sungai Kenyir, anda pilihlah pakej yang disediakan. Janji sediakan duit dan isi borang cuti biar agak lama sikit.



Apa yang saya nok kongsikan sebaik saja bercadang ke Terengganu, perjalanan sangat selesa dan lancar sebab Lebuh Raya Pantai Timur sudah pun dibuka. 

Perjalanannya yang berliku sudahpun menjadi satu pemanduan panjang dan lurus. Tolnya lebih kurang RM40 lebih ikut mana jalan penamat yang anda pilih. 

Apa yang saya hendak kongsikan adalah bila habis cuti, balik guna jalan lama.

Perjalanannya masa cuti sekolah baru-baru ini, kami sekeuarga membuat keputusan melalui jalan lama.

Satu untuk menikmati keindahan saujana tepian pantainya dan yang paling diingini untuk mencari keropok lekor dan membeli kraf tangan seperti barang-barangan yang dihasilkan daripada rotan yang selalunya dijual di sepanjang perjalanan.

Malangnya, keropok lekor memang ada dan tak perlu jalan lama. Gerai keropok lekor ni di bandar Terengganu banyak boleh ditemui. 

Pergi sekitar Pantai Batu Buruk itu, bermacam gerai boleh dipilih, Keropok yang sudah digoreng, keropok kering dan keropok yang siap direbus banyak. Masih murah dan sedap, terutama air pencicahnya kerana dihasilkan di rumah.



Sedih dan sayu bila melalui sepanjang jalan lama untuk balik ke Kuala Lumpur. Banyak gerai yang dahulunya meriah menjual barang-barang kraf tangan dah tiada lagi. 

Saya ingatkan musim cuti sekolah ini berderetanlah gerai itu. Tinggal beberapa buah sahaja gerai yang dahulunya menjual perabot, bakul, raga dan perhiasan rumah. 

Kini gerai itu semacam tidak wujud lagi. Aneh kerana peniaga tiba-tiba lesap, tutup kedai dan jika adapun di sesetengah tempat hanya keropok lekor yang dijual.

Saya melihat "kehilangan" gerai cenderamata ini seperti kisah dalam filem The Car bila lebuh raya dibina terus jalan lama menjadi terbiar. 

Digunakan oleh penduduk kampung dan pemandu macam mahu pantas pulang ke bandar raya tanpa mahu melihat keindahan alam sekitar, menikmati makan tengah hari di restoran di tepi jalan dan singgah solat di masjid sepanjang jalan lama itu.

Kali ini kalau ada bercuti di Terengganu, ambillah masa yang lama sikit sebab banyak tempat baru yang menarik untuk dilawati dan bila masa untuk pulang, cubalahlah melalui jalan lama, ya? 

Mengejutkan bila anak-anak teruja melihat api tinggi di awan dari loji minyak di Kerteh. 

Selamat Bercuti.


0
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago