Santai 23 Jan, 2020

TIP BERCUTI DI ISTANBUL, TURKI ALA BACKPACKER

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this
SEDIKIT tip bagi mereka yang mahu bercuti ke Turki pada cuti panjang Tahun Baharu Cina minggu depan. Turki adalah antara negara yang ramai menyimpan hasrat untuk bercuti di sana, lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka merantau atau melakukan kembara solo atau "backpacker". : KitaReporters.com


Tempoh 3 hari 2 malam untuk pengembara backpacker mungkin sudah cukup untuk mereka berjalan-jalan di sekitar Istanbul sahaja. 

Tapi jika hendak mengembara ke seluruh negara Turki, mungkin mengambil masa yang agak lama kerana negaranya yang amat besar. Misalnya dari Istanbul hendak ke Ankara anda perlu menaiki pesawat untuk ke sana.

Namun bersiar-siar sekitar Istanbul sedikit sebanyak melengkapkan anda menjelajah seluruh Turki. 

Di sini penulis ingin berkongsi pengembaraan yang sedikit sebanyak boleh membantu anda "backpacker" kembara di Istanbul. 

Ia adalah pengalaman penulis sendiri yang pergi ke Istanbul beberapa tahun lepas.

Penerbangan
Untuk ke Istanbul, beberapa syarikat penerbangan menawarkan perjalanan pergi balik dan transit ke Turki. Jadi antara pilihan yang anda boleh buat kalau perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ialah Malaysia Airlines (MAB) dan Turkish Airline (antara yang menjadi pilihan). Untuk destinasi Istanbul anda akan mendarat ini Istanbul Ataturk Airport di Istanbul.

Lapangan Terbang Ataturk - Istanbul


Hotel

Penginapan pula, boleh tempah banyak hotel antaranya di Holiday Inn Istanbul atau Argu Hotel yang terletak di Pazartekke. 

Hotel ni betul-betul terletak depan stesen Tram dan laluan bas. Jika tidak mahu hotel, sekarang banyak lagi kemudahan lain anda boleh memilih AirBNB (ala-ala homestay) yang disediakan. 

Akan tetapi yang penting cari penginapan yang berdekatan dengan pengangkutan awam terutama Tram.

Antara Hotel penginapan yang berdekatan dengan Stesen Tram


Kemudahan pengangkutan awam di Istanbul sangat efisen dan cekap serta kekerapan yang sangat kerap dari segi jumlah waktu menunggu. 

Jika nak mudah, anda hanya boleh mengambil Tram untuk ke tempat-tempat menarik sekitar Istanbul.

Hendak ke mana?

Masjid Biru, Haigya Sofea, Gurhane Park, Eminonu, Port, Spice baazar, Grand Baazar dan banyak lagi tempat menarik di sekitar Istanbul. 

Dengan hanya berbekalkan dengan sekeping card dan sebuah pengangkutan awam, jangan pening kepala.

IstanbulKart

Sebelum menaiki tram, anda mesti beli card tersebut dan boleh topup nama kad tersebut ialah "Istanbulkart". Yang paling bestnya kad ni,Istanbulkart ni boleh kongsi pakai. 

Contoh, kawan anda dah sentuh dan masuk stesen kemudian anda boleh guna kad kawan anda dan sentuh masuk menggunakan kad beliau. Menarik bukan?

Istanbulkart


Tram

Dah naik tram, anda hendak ke mana? Ini disebabkan semua kawasan menarik di Istanbul berdekatan dengan stesen-stesen tram. Sebagai contoh Spice Baazar, Grand Baazar, Blue Mosque, Hagya Sofea dan tempat-tempat menarik. Jika terlepas tram jangan risau setiap 15 minit tram ulang alik.

Berikut adalah antara stesen-stesen Tram yang berhenti di kawasan menarik dan bersejarah di Istanbul.

  • Kabataş — Dolmabahçe Palace , Taksim connection with the funicular (F1 ) to go to the pier to the Princes Islands and Kadikoy .
  • Tophane — Museum of modern art in Istanbul
  • Karakoy —Connection Tünel funicular, (T) which will drop you on Istiklal Street .
  • Eminönü — Spice Market
  • Sirkeci — Train station and connection to the Marmaray
  • Sultanahmet — Topkapi Palace , Hagia Sophia , Blue Mosque, Basilica Cistern , Archaeology Museum.
  • Beyazit — Grand bazaar

Perkihdmatan Tram di seluruh bandar Istanbul
Pengembaraan bermula : Sultan Mehmet Station

Destinasi pertama yang boleh singgah ialah Blue Mosque iaitu Masjid Biru salah satu mercu tanda Turki. Sangat cantik dan anda boleh masuk dalam masjid tersebut nak solat pun boleh.

Masjib Biru atau Grand Blue Mosque- Istanbul


Hagya Sofea 

Berdekatan dengan Masjid Biru ialah Hagya Sofea, itu pun tempat menarik untuk dikunjungi. Ia sebuah gereja yang telah bertukar kepada sebuah masjid. 

Sekarang dibuka sebagai tempat tarikan pelancong.

Kawasan dalam Hagya Sophia-Istanbul


Hagya Sophia pandangan sudut luar Istanbul


Gurhane Park

Belakang Hagya Sofea, jalan kaki 5 minit anda akan sampai di Gurhane Park. Ia sebuah kawasan taman yang sangat cantik yang dipenuhi dengan bunga-bunga tulip. 

Yang nak bergambar boleh ke taman tersebut. Sepanjang jalan hendak ke Gurhane Park, terdapat kedai-kedai cenderahati serta kedai yang menjual makanan autentik Turki.

Gurhane Park-Istanbul


Eminonu

Lepas Gurhane Park, anda boleh jalan kaki atau menaiki tram menghala ke Eminonu. Jika berjalan kaki, di sepanjang perjalanan anda boleh nak cari cenderahati yang menarik untuk bawak balik.

Sepanjang perjalanan hendak cari cenderahati, tipnya kena semak harga dulu, harga boleh diminta kurang dan boleh tawar menawar. 

Dah dapat harga murah jangan pulak tidak beli... kang ade yang kene cuci kedai!! Hahaha...

Eminonu - Istanbul


Eminonu 

Kawasan ini yang dekat dengan kawasan jeti, tepi laut.. jika hendak menaiki cruise melintasi selat yangg memisahkan Eropah dan Asia boleh naik di jeti tersebut. Jika tidak silap dalam 100TL. Ia berdekatan dengan Jambatan Galata.

Di sepanjang persisir jeti tersebut terdapat kedai-kedai makan yang menghidangkan makanan laut. 

Di sepanjang jambatan Galata di bahagian bawah juga terdapat restoran makanan laut. Anda boleh cuba makan ikan bakar atau sandwich ikan nama dia "balik", memang terbaik.

Spice Baazar
Di Eminonu juga ada Spice Bazar. Nama pun bazar rempah, segala macam rempah ratus boleh cari dan terdapat di situ. 

Apa yang menarik jika anda masuk ke dalam bazar tersebut, jika anda dari Malaysia dan disapa oleh peniaga mereka akan menjerit memanggil anda Chef Wan dengan sapaan selamat datang... seronokkan??

Spice Bazar terbahagi kepada dua bahagian, di dalam menjual rempah ratus dan di kawasan luar menjual bermacam barangan basah seperti ikan, daging dan buah-buahan serta serbuk kopi, teh dan manisan-manisan. 

Dalam Spice Bazar-Istanbul


Bahagian Luar Spice Bazar- Istanbul


Grand Baazar(Beyazit Station)

Dari Eminonu boleh menaiki tram dan turun di stesen Beyazit. Grand Bazar juga antara tempat yang menarik untuk shopping dan jalan-jalan.

Sampai di stesen Grand Baazar, tidak perlu pening kepala nak cari tempat tersebut, turun dari tram dan terus jumpa.

Grand Baazar juga terdapat dua bahagian, luar dan dalam. Kawasan luar lebih kurang macam Petaling Street. 

Di kawasan dalam lebih teratur sebab terdapat premis-premis jenis shop lot.

Tapi hati-hati juga, boleh sesat sebab bazar tersebut agak besar sekiranya hendak membeli t-shirt semua ada di sana dan pandai tawar menawar.

Grand Bazar-Istanbul


Miniaturk

Ni jauh sikit, anda kene naik taksi. Miniaturk adalah tempat miniature, semua kawasan bersejarah dan menarik di Turki ada di miniaturk, tapi dalam bentuk miniature.

Semua bangunan miniature di seluruh Turki ada sebagai contoh Capadokia, Ezmir, MasjidBiru dan banyak lagi taman-taman mini mengikut kawasan di Turki. 

Kiranya kalau anda melawat miniaturk, tu kira dah pergi seluruh negara Turki. 

Miniaturk-Istanbul


Miniaturk-Istanbul


Bab makan di Turki, banyak makanan halal dan bermacam jenis roti, sayur, jeruk sayur. 

Tapi nasi atau beras penulis agak sukar nak jumpa...jika tidak silap beras mereka lebih kurang seperti barli atau gandum. Tapi jangan risau, takkan lapar.

Baiklah, rasanya 3 hari 2 malam memang cukup nak jalan-jalan sekitar Istanbul. 

Tu sedikit perkongsian yang mungkin dapat membantu anda untuk mengembara ke Istanbul, Turki. Sebenarnya banyak tempat menarik lagi.

Anda mungkin boleh susun perancangan anda untuk menjelajah sekitar Istanbul. Tak perlu budget yang besar (Tiket penerbangan sahaja yang mahal mungkin, tapi kena pandai pilih jika ada diskaun)

Berikut adalah perkongsian penulis yang sudah mengembara ke Istanbul, Turki.

Tashakur Eredim!! (Terima Kasih). - KitaReporters.com

7
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago