Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kongsi minda, bersih jiwa.

Renungan.
Hari ini suka, esok benci
Berhenti harapkan
Atur hidup sendiri, bukan ikut cakap orang.
Semua orang mengharap hidup yang sempurna.
Tapi mampukah kita mencapainya jika hanya mengharapkan orang?
Sampai bila hendal terus layan emosi?
Mencari sesuatu yang hilang kerana kelalaian kita.Yang buat kita patah semangat. Yang berpunca dari kesilapan sendiri.
Sedangkan kita tahu, kesilapan terbesar yang berlaku dalam hidup kita adalah kerana meletakkan harapan pada orang yang salah.
Sudahnya kita mengalami tekanan kerana tidak mendapat apa yang dihajati.
Macam mana hendak berjaya kalau terlalu bergantung kepada orang.
Hendak bergerak tunggu orang. Hendak buat sesuatu mesti minta tolong orang. Asyik bergantung dengan orang.
Pendek kata, kita tak boleh berdikari.
Jangan hidup dengan bayang bayang masa silam, ia tidak membantu.
Sebaliknya, belajar membuang rasa kekok dan kurang keyakinan yang tidak diperlukan dan berusaha sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.
Kita boleh buat tapi malas!
Pada masa sama, lebihkan fokus tentang apa yang lebih penting dan bermakna dalam kehidupan. Jangan berharap orang lain akan bersetuju dengan rancangan kita.
Kita berhak untuk bahagia dengan cara kita.
Kita berhak untuk hidup dalam kehidupan yang kita impikan tanpa mengikut cakap orang dan membuatkan kita lupa tentang apa yang kita mahukan dalam hidup ini.
Dan begitu juga sebaliknya, jangan mengharapkan orang akan membantu mencapai apa yang kita mahu kerana kita tidak tahu hati orang.
Hari ini suka, esok entah benci. Fikirkan.
Dalam hubungan ini, kita harus berani untuk menjadi diri sendiri, dan mengikut gerak hati, tanpa paksaan.
Kerana kehidupan kita tidak sama. Rezeki juga berbeza. Matlamat tak serupa walau destinasinya sama.
Ingat..
Jika terus membandingkan hidup dengan orang lain, kita tidak akan menemui kebahagiaan kerana kejayaan yang terindah boleh kita capai adalah dengan meluangkan masa hidup kita dengan berkualiti mengikut cara kita.
Berhenti berharap.
Jangan menunggu janji yang belum tentu ada dan belum tentu dapat. Yang penting berusaha dahulu.Jangan membuang masa.
Dalam hidup ini, kita tidak perlukan semua orang untuk meyukai kita.Tetapi pada masa yang sama kita tahu ada orang yang ambil berat hal kita.Kita patut sentiasa tahu betapa berharganya diri kita di mata orang bukan hanya berharap kepada orang untuk menghargai kita.
Tidak kira betapa baik dan ikhlasnya kita terhadap orang lain, pasti akan ada yang berpandangan negatif dan tidak menyukai kita. Itu lumrah. Lebih lebih lagi bila kita selalu menyusahkan mereka.
Sebelum apa-apa terjadi, sebelum hilang sahabat atau saudara, baik jangan membebankan mereka dengan masalah kita. Berharap setakat padan, bukan sebagai tanggungjawab.
🌹❤️ Meminta pada yang ada, mengharap pada yang kasih. Mengumpul ilmu di dada, agar hidup tidak tersisih. ❤️🌹