Santai 06 Feb, 2020

ALAMAK! BAYI DISAH POSITIF PULA SELEPAS 30 JAM

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

 

SEBELUM ini ‘kehadirannya’ negatif tanpa sebarang jangkitan dan bebas sepenuhnya, namun selepas 30 jam berlalu lain pula yang berlaku kepada si kecil.  Bayi seberat 3.05 kilogram yang dilahirkan 30 Januari 2020 itu kini disahkan positif koronavirus pula oleh sekumpulan doKtor. : KitaReporters.com

PASUKAN perubatan yang bertungkus lumus menyambut kehadiran bayi di sebuah hospital di Harbin, 30 Januari 2020. - Kredit foto Chinadaily.com.


Kesian betul si kecil yang tidak bersalah itu. Mungkin juga disebabkan pertahanan badan belum cukup kuat!

Sebelum ini, pasukan doktor yang menyambut kehadiran bayi berkenaan mendedahkan keputusan ujian sebanyak dua kali ke atas bayi terbabit mendapati dia negatif jangkitan 2019 Novel Koronavirus atau 2019-nCoV tersebut.

Kini lain pula jadinya apabila si kecil tidak bersalah itu disahkan positif jangkitan.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata, mungkin kes "penyebaran menegak", merujuk kepada jangkitan yang disebarkan dari ibu kepada anak semasa kehamilan, bersalin atau serta merta selepas itu.

BAYI yang baharu dilahirkan diletakkan di bilik pengasingan dalam tempoh tertentu bagi mengelak wabak merebak. - Kredit foto Reuters.


Sementara itu, memetik laporan Gulfnews.com, bayi itu adalah yang termuda dicatatkan dijangkiti virus Wuhan itu, yang telah mengakibatkan kematian hampir 500 orang sejak dikesan pada lewat Disember 2019.

Pegawai perubatan kanan di bahagian neonatal, Zeng Lingkong berkata, kes berkenaan memberi petanda bahawa virus berkenaan boleh tersebar melalui ‘laluan’ lain.

Keadaan yang berlaku di Wuhan itu secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan pasukan perubatan terhadap jangkitan yang mungkin berlaku ketika dalam kandungan.

Kini, Hospital Kanak-kanak Wuhan telah menyediakan ruang khas untuk merawat wanita hamil yang mempunyai simptom jangkitan.

PASUKAN perubatan yang terlibat dalam prosedur pembedahan diletakkan di bilik pengasingan terlebih dahulu bagi mengelak virus koronavirus merebak. - Kredit foto Chinadaily.com.


Terdahulu, seorang ibu muda dari Harbin yang hamil 38 mingu ‘dipaksa’ bersalin melalui kaedah pembedahan kepadanya bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Memetik laporan Chinadaily.com, selepas kelahiran, ibu dan bayi dikuarantin selama tiga hari bagi memastikan dua beranak itu selamat dan stabil.

Semoga ada keajaiban berlaku selepas ini dan bayi kembali pulih. - KitaReporter.com

4
4
18
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago