Santai 02 Feb, 2020

PRETTY SANGAT!! NORA TAK MAU BERSEDIH LAGI..

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this
TIDAK mahu meratapi kehilangan insan tersayang, penyanyi Nora Ariffin enggan menoleh belakang dan mahu meneruskan kehidupan seperti biasa. Bagi Nora, pemergian suami, Johan Nawawi, pada 24 Mac 2017 dan dan anak, Alif Johan pada 14 Disember 2019, adalah antara dugaan yang dilalui oleh setiap insan di muka bumi ini. : KitaReporters.com

NORA tetap tenang walaupun diduga dengan kehilangan dua insan tersayang. - Foto Khadijah Ibrahim.


Mengakui terasa dengan kehilangan insan tersayang, namun penyanyi Di Persimpangan Dilema itu tidak mahu kehidupannya diselubungi kesedihan.

Kata Nora, beliau suka menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar mindanya tidak terkenang kepada kepada kisah sedih.

“Saya sebenarnya tak nak fikir masalah sebab masalah ini selalu ada sebab ia sebahagian daripada kehidupan. Selepas Alif pergi dalam masa 45 hari, saya kembali bekerja.

“Bagi saya tak ada gunanya kalau nak meleret-leret melayan kesedihan diri. 

Saya tengok anak-anak yang lain, mereka sangat perlukan saya sebab dua tonggak dah tak ada. Sebab itu saya perlu melangkah walau macam mana sedih sekalipun,” jelasnya.

"Saya tengok anak-anak yang lain, mereka sangat perlukan saya sebab dua tonggak dah tak ada. Sebab itu saya perlu melangkah walau macam mana sedih sekalipun,” jelasnya.

Nora yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Prettian Malaysia, pada Khamis, 30 Januari 2020 berkata, semua orang ada masalah dan cerita hitam tersendiri selagi masih bernyawa.

Namun dalam menempoh dugaan itu, Nora sentiasa berpegang kepada tiga perkara iaitu sabar, reda dan syukur.

“Paling penting kena sabar. Apa saja yang berlaku kepada kita, baik kematian atau kehilangan orang tersayang, mesti sabar.  

"Selain sabar, kita juga kena belajar reda. Reda ni sebut senang tapi nak buat tu susah. Reda ni adalah menerima, contohnya kematian. 

"Kita kena terima ketentuan Allah itu. Kita tak boleh nak sedih berlebihan atau buat tindakan bodoh.

“Biarpun sedih, kita kena bersyukur. Biasalah, kita selalu melahirkan rasa syukur pada perkara yang menggembirakan saja. 

"Kita lupa untuk bersyukur yang kita boleh hidup di atas muka bumi ini pun sudah baik,” kongsi Nora tentang tiga perkara yang diamalkan dalam kehidupannya kini.

Selain itu, kata Nora, setiap orang juga harus bersyukur pada ujian yang Allah beri. 

Katanya, setiap yang terjadi ada musabab dan itu mungkin petunjuk untuk memperbetulkan diri.

“Kita selalu tumpu pada benda baik saja tapi kita lupa bersyukur pada ujian dan musibah Allah bagi. Mesti ada sebab kenapa Allah bagi benda-benda itu kepada kita.

“Segala ujian yang kita terima itu mungkin Allah mahu kita memperbetulkan diri untuk jadikan kita insan yang lebih baik dan nak dekatkan kita dengan-Nya,” kata Nora tenang.

DILANTIK sebagai duta Prettian Malaysia yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 30 Januari 2020. - Foto Khadijah Ibrahim.


Jadi duta Prettian Malaysia

JIKA tidak memikirkan soal tanggungjawab, mungkin Nora sudah menjadi duta pelbagai produk sekarang, baik dalam negara atau luar.

Jelas Nora, beliau bukan jenis yang mudah terima tawaran asalkan bayaran yang diterima berlipat ganda. 

Baginya, apa yang penting adalah rasa tanggungjawab yang akan dikongsi bersama pengguna.

Katanya, sebelum menyatakan persetujuan, beliau suka mencuba produk tersebut bagi memastikan jenama berkenaan sesuai dengan dirinya atau tidak.

“Kebiasaannya apa saja tawaran mendatang, saya akan cuba produk tu dulu. Bagi saya, bukan saja tawaran tapi tanggungjawab lebih penting sebab saya nak berkongsi dengan orang ramai tentang kebaikan produk tersebut.

“Saya akan pastikan, mencuba dulu dan selepas itu kalau sesuai dengan diri baru saya setuju. 

"Untuk jenama Prettian, saya cuba beberapa produk dalam tempoh seminggu. Bukan saya saja yang cuba, saya suruh anak juga cuba sebab katanya produk ini baik untuk semua peringkat usia.

“Saya perlu pastikan itu benar dan ternyata selepas menggunakan Triple Oil Cleanser ia serasi dengan kulit saya dan begitu juga dengan anak,” ceritanya tentang produk yang dibuat daripada bahan asas organik itu.

Tambah Nora, selain Triple Oil Cleanser, terdapat juga Moisturiser, Silky Brightening, BP Cream dan Silky Brightening Cream yang telah dicuba dan ternyata serasi dengan kulitnya.

Katanya produk yang asal dari Korea Selatan itu bukan saja sesuai untuk wanita, malah lelaki pun boleh guna. Bulan Mac ini, Nora akan terbang ke Pulau Jeju, Korea Selatan untuk sesi fotografi produk di sana. - KitaReporter.com

2
0
0
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago