Santai 25 Oct, 2019

TANYA PADA DIRI, SUDAHKAH KITA BERSYUKUR HARI INI?

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> normalahamzah251@gmail.com

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi Jumaat yang barokah, penghulu segala hari. 
Kongsi minda, bersih jiwa


Renungan.

Lupa bersyukur?

Tanda tak berterima kasih

Kepayahan tidak lama

Tak perlu kaya, cukup sederhana

Tak perlu barang jenama, yang kita suka cukuplah

Tak perlu baju mahal, asal cantik di mata kita

Tak perlu makan mewah, cukup kenyangkan perut

Tak perlu meminta, syukur apa ada

Tak perlu bersaing, ikut cara kita

Nikmat Allah, kena bersyukur!

Setiap orang mengimpikan sebuah kehidupan dan kejayaan yang terbaik dalam hidup.

Dan kehidupan ini diibaratkan satu putaran waktu yang saling melengkapi setiap kehidupan tanpa mengira apa juga situasi.

Bagaimana pula seandainya nikmat itu Allah tukar atau diberi derita kepada kita sebagai ujian hidup?

Kita kena redha...

Bersyukur kerana terpilih diuji.

Bersabar dan jangan putus berdoa

Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita.

Sehinggakan tidak mampu untuk kita menghitung jumlah nikmat tersebut.

Sama ada bergembira atau berduka, semua itu hadir dengan bersebab dan hikmah yang tersembunyi.

Kalau nak disebut satu persatu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, tentu tak terkira.

Tapi sayangnya, kita masih lagi buat tak nampak dan sering kali lupa untuk bersyukur dan mengucap terima kasih.

Jika kita sukar untuk mengucapkan terima kasih, ia sama seperti kita tidak bersyukur kepada Allah SWT.

Allah SWT berhak memberi nikmat-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan menarik kembali nikmat-Nya bila-bila masa yang dikehendaki-Nya.

Begitu juga bila kesenangan hidup tiba-tiba berubah kepada kesusahan, masa yang lapang menjadi sangat suntuk dan sebagainya.

Itu petanda kita tidak bersyukur dan lupa kepada Allah.

Ingatlah..

Apabila tiada sesuatu yang bertambah pada diri kita, sedangkan banyak ujian yang kita hadapi dalam kehidupan, jangan berasa sedih dan menyalahkan orang sekeliling.

Berbaik sangka dengan Allah Taala kerana menguji kita.

Bersyukurlah!

Kerana Allah tidak pernah membiarkan hamba-Nya berada dalam kepayahan selama-lamanya.

Sampai masa akan ada nikmat yang Allah kirimkan. Bersabar dan jangan putus berdoa.

Tak banyak, takpa, syukur apa ada

Tak cukup, jangan berkira

Tak mengalah, banyak sikit, harus redha

Tak berkecil hati, semua aturan Dia

Tak kecewa, kerana Dia selalu ada

Semoga kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur kepada Allah dan bersungguh-sungguh melengkapkan diri untuk menjadi ahli syurga.

🌹❤️ Keegoan adalah sifat yang akan membunuh kebaikan dan mengundang kegagalan. ❤️🌹

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 5 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 5 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 5 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago