ANDA mungkin menjadi salah seorang dari 2.14 bilion warga dunia akan berbelanja melalui rangkaian perniagaan e-Dagang atau perdagangan elektronik menjelang tahun 2021. : KitaReporters. com
Tahun lalu, warga dunia dikhabarkan berbelanja sehingga AS$3.53 trillion dan menjelang 2020, perolehan daripada industri akan bertambah AS$6.54 trillion dolar.
Jumlah pembeli tahun lalu saja 1.66 bilion dan sudah tentu pembelian online ini sangat menguntungkan pengguna kerana mudah, banyak pilihan dan lebih murah.
Portal berita CNBC melaporkan kempen jualan Single Day 11.11 bulan lalu saja, Alibaba mencatatkan rekod jualan AS$38.4 billion dalam masa 24 jam meningkat dari AS$25.3 billion pada 2017.
Foto https://www.alizila.com/.
Kegilaan tawaran murah dan hasil kempen satu dunia menyebabkan pengguna mengeluarkan duit simpanan merea $1 billion dalam tempoh satu minit 25 saat.
Malangnya di sebalik keseronokan berbelanja dan mendapat macam-macam tawaran, kapal kargo yang membawa lebih 800 tan produk yang ditempah oleh pembeli dari pengeluarnya Taobao, tenggelam di perairan China pada 20 Novembar lalu.
Nahas itu dikatakan telah merencatkan usaha memeriahkan hari Single Day tu, tetapi ada usaha-usaha sedang dilakukan untuk diadakan ada satu lagi kempen pada 12.12 ini.
Lazada milik Alibaba yang bertapak di Singapura dan rangkaiannya cawangan di seluruh Asia antaranya memperlihatkan Alibaba bekerjasama dengan rangkaian Starbuck di China dan memulakan satu perniagaan membolehkan pelanggan masuk kedai, beli dan bayar mengguna akses khas telefon.
Pengguna melihat trending online ini banyak menjimatkan masa mereka, mengurangkan redahan kesesakan di jalan raya dan tidak perlu bergerak dari kedai ke kedai untuk perbandingan harga, pilihan reka bentuk dan mutu.
Tahun lalu saja, lebih 57 peratus pengguna global membeli produk berkaitan fesyen dalam online, menjadikan koleksi itu pilihan utama diikuti dengan produk kasut.
Dilaporkan 258.9 juta pengguna di Amerika memilih untuk menjadi pembeli digital pada 2018. Kecenderungan ni akan meningkat kepada 307 juta orang menjelang tahun 2023.
Di Amerika, purata besarnya, 90.8% berbelanja secara online menempah makanan dan minuman.
Pengguna di Malaysia yang suka membeli melalui online juga dijangka bertambah 63.0% menjelang 2022 dan perolehan industri e-dagang ni dijangka keuntungan berlipat kali ganda, apabila pulangan jualan menyasarkan satu trillion ringgit menjelang tahun itu.
Grafik StarOnline.
Tahun ini data dari iPrice melaporkan seorang warga Malaysia membelanjakan puratanya, RM277 pada masa Single Day (11 November 2019) iaitu peningkatan 113% lebih daripada purata mereka berbelanja dalam sehari.
Jika dua tahun lalu, secara rawaknya mereka berbelanja RM245. Tahun ni pengguna, Malaysia memilih membeli barangan elektronik dan automotif.
Kata Ketua Eksekutif Alibaba, Daniel Zhang ketegangan dagangan antara China-Amerika telah membuka peluang kepada syarikat itu menguasai e-dagang.
"Takde siapa yang sukakan 'perang dagangan' dan tiada pihak sukakan ekonomi yang tidak stabil. Tetapi kami mencari laba di sebalik kesusahan.
"Semua peniaga bermasalah tapi jika melihat keuntungan di sebalik kesusahan ini, kita boleh bantu peniaga untuk mencari peluang bukan saja di China tetapi seluruh dunia," katanya.
Foto https://multichannelmerchant.com/
Bayangkan pada awal tahun 2011, online e-dagang ini mencatatkan $600 billion jualan di seluruh dunia dan peningkatan jualan dalam talian telah melahirkan ramai jutawan muda di seluruh dunia yang berniaga merentas sempadan dunia.
Bagaimanapun e-dagang masih ada liku-liku dan tak semudah yang dijangkakan kerana pelanggan tetap pembeli yang cerewet dan berhati-hati.
Misalnya produk yang harga yang masih mahal dan mudah rosak, paling susah hendak dijual.
Itu belum masuk produk yang pengguna masih hendak sentuh atau dihidu, sebelum mereka mengeluarkan dengan kad kredit.
Apapun e-dagang sudah mula sebati dengan kehidupan harian dan penjual online yang mampu memuaskan hati pengguna, sudah tentu dapat tersenyum lebar kerana dompetnya makin tebal.
Sebab pengguna memilih online kerana banyak pilihan. Dari satu-satu 'pasar raya' dalam talian mereka boleh tilik. Kaji mutu barang, harga dan siapa pengilangnya dan jenama serta khidmat pelanggannya yang cepat.
Yang penting mereka mahu jimat masa, kos pengangkutan kurangkan kesesakan dan ramai terutama pekerja sudah tidak punya masa untuk ke pasaran semata barangan keperluan rumah tangga.
Tekan jari jemari di telefon bimbit sama ada untuk memilih 10 kedai online terkemuka di negara atau guna GrabFood, FoodPanda untuk memesan dari restoran berdekatan dan setengah jam kemudian, pizza atau nasi goreng sampai di depan pintu.
Malah pada ketika banjir dan tersebarnya kes jangkitan penyakit berbahaya, pembelian online jadi pilihan.
Tapi ingat jangan sesekali membeli barangan online menggunakan kad kredit di laman yang tidak mempunyai SSL (Secure sockets layer). Dan jangan bagi nombor kad kredit anda melalui email. - KitaReporters.com