TUGAS seorang cikgu sangat mulia bukan sahaja bertugas sebagai pendidik sepanjang masa di sekolah tetapi keprihatinan guru yang menggantikan tugas ibu bapa sepanjang di sekolah juga tidak perlu dinafikan. : KitaReporters.com
Kioks tatarias yang ditubuhkan oleh guru Sekolah Kebangsaan Ringlet, Cameron Highland di Pahang.
Di sekolah, guru-guru pula sebagai warga pendidik perlu memberikan penekanan yang lebih mendalam disertai dengan latihan praktikal supaya anak-anak akan menjadikannya sebagai rutin harian.
Baru-baru ini tular dalam laman sosial apabila sekumpulan cikgu di Sekolah Rendah Ringlet, Cameron Highland di Pahang berganding bahu menubuhkan sebuah kiosk tatarias khas untuk para pelajar di sekolah berkenaan.
Perkongsian daripada pengguna Fecebook, Rosnani Ghazali yang juga seorang daripada guru di sekolah berkenaan selepas melihat ramai anak didik berada dalam keadaan 'tidak bersedia’ melangkah hadir ke sekolah.
(https://www.facebook.com/groups/890715987613785/permalink/3011739738844722/)
Pelajar membantu rakannya mengikat rambut dengan alatan yang disediakan di kioks tatarias sekolah berkenaan. - Foto FB Rosnani Ghazali
Menurut guru
muda itu, sebahagian besar anak didiknya ke sekolah dalam keadaan comot dan
tidak terurus mendorong dia berganding bahu dengan sekumpulan guru lain
menyediakan kemudahan tersebut.
“Alhamdulilah
dengan adanya idea ini, maka sedaplah sikit mata memandang dan tiada lagi bau yang
kurang menyenangkan,” ujarnya yang begitu teruja dengan penubuhan kioks
berkenaan.
Sebahagian muris teruja menggunakan kelengkapan di kioks tatarias berkenaan. - Foto FB
Katanya, di kiosk tatarias ini, terdapat pelbagai kelengkapan asas untuk kecantikan diri yang disediakan seperti cermin yang besar, sikat rambut, bedak, minyak rambut dan bermacam-macam lagi!
Segala keperluan ini disediakan bagi menggalakkan semua pelajar tidak kira lelaki mahupun perempuan sentiasa menjaga penampilan diri dari usia yang masih muda.
Seorang guru membantu menyikat rambut murid di hadapan kiosk tatarias di SK Ringlet Cameron Highland, baru-baru ini. - Foto FB
“Hari pertama kiosk dibuka, licin minyak
rambut dan yang lucunya ada murid perempuan minta disediakan gincu,” ujarnya.
Seorang murid teruja selepas dibantu oleh guru untuk menyikat rambut dan lebih bersedia melangkah ke sekolah. - Foto FB
Perkongsian berkenaan
disaksikan lebih 3,100 pengguna Facebook dan rata-rata netizen memuji kesungguhan guru
sekolah berkenaan.
Sungguh mulia jasamu guru! Hebat dan terima kasih, cikgu!! - KitaReporters.com