Santai 01 Jan, 2020

CANDA DI PANTAI, ANAK KETAM 'MASUK' TELINGA

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
PERNAH tak anda terfikir ada makhluk asing ‘menceroboh’ ke dalam telinga? Pasti menghuru-harakan keadaan. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki dari Dubai apabila berdepan pengalaman menakutkan selepas menerima ‘tetamu tidak diundang’ baru-baru ini. KitaReporter.Com

SEEKOR anak ketam yang berjaya dikeluarkan daripada telinga seorang lelaki selepas merasakan tidak selesa ketika bersantai di sebuah pantai di Abu Dhabi, baru-baru ini. - Foto Khaleej Times


Memetik Khaleej Times, lelaki berkenaan yang bercuti bersama beberapa rakan sedang berjemur sebuah pantai di Abu Dhabi, sebelum didatangi seekor anak ketam dan ‘menceroboh’ telinganya. 

Kira-kira sejam kemudian, lelaki berkenaan merasakan tidak selesa dengan bendasing dalam telinga dan cuba mencari punca.

“Ketika itu saya berada di pantai ketika tiba-tiba saya rasa sesuatu memasuki telinga saya. Saya tak tahu apa, tapi keadaan tersebut merimaskan saya,”katanya.

Dia kemudian memasukkan putik kapas ke dalam telinganya dan berasa seperti ada pergerakan.

LELAKI terpaksa melalui prosedur endoskopi bagi mengeluarkan anak ketam dari telinga selepas cuping telinga membengkak. - Gambar hiasan


Keadaan berkenaan membuatkan lelaki berusia 38 tahun itu semakin panik lalu bergegas bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Melalui prosedur endoskopi, akhirnya doktor menemukan seekor anak ketam sesat di dalam telinga setelah lubang telinga lelaki itu membengkak.

Lebih mengejutkan anak ketam yang berjaya dikeluarkan dari telinganya masih hidup.

“Tak pernah fikir rupanya ia seekor ketam,” tambah lelaki itu.

Sementara itu, Pakar Otorinolaringologi, Dr. Prabir Paul dari  pusat perubatan Burjeel MHPC Abu Dhabi berkata, risiko untuk bendasing masuk ke dalam badan melalui telinga, hidung atau mulut sentiasa ada ketika bersantai di pantai kerana binatang berkenaan sentiasa bergerak.

Dalam masa sama, Dr. Paul turut memesan supaya tidak cuba mengeluarkan sebarang bendasing bersendirian kerana berisiko keadaan menjadi lebih teruk.

“Cubaan mengeluarkan bendasing mungkin boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti pendarahan atau kerosakan organ,” ujarnya. : KitaReporter.Com

LELAKI berkenaan tidak menyangka aktiviti bersantai di pantai membawa padah selepas menerima' tetamu tidak diundang' yang menceroboh ke telinga. - Gambar hiasan

 

2
15
0
6
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago