PAGI ni bila bergerak ke pejabat, jangan cuak atau panik apabila pada papan meter anda menyala indikator minyak atau meter minyak anda di kedudukan “E”. “Alamak!!!...minyak nak habis!!” : KitaReporters.com
Foto hiasan
Pasti akan mula berasa tidak senang duduk dan memikirkan macam-macam boleh jadi, takut kereta tersadailah, kereta berhenti secara tiba-tiba dalam perjalanan dan bermacam lagi.
Jadi mulalah untuk kita mencari-cari lokasi stesen minyak yang berdekatan untuk mengisi semula minyak petrol.
Dalam kereta berhawa dingin pun boleh lencun berpeluh panik dan gusar memikirkan sempat atau tidak sempai ke destinasi sebelum minyak petrol dalam tangka kereta kering.
Namun sebenarnya anda tidak perlu panik, gusar dan gelisah.
Menurut Dato' Ir Hj Mohamad b Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ) beliau menjelaskan bahawa :
1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi 'E' tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60 km.
2. E bukan bermaksud "Empty" tapi ia bermaksud "Enough".
3. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), kenderaan anda mampu untuk bergerak dengan tambahan sejauh 10 km lagi. Jangan pula lupa untuk buka tingkap!!
4.
Jika anda memandu secara konsisten dengan
kelajuan 50 km/jam, kenderaan anda juga mampu untuk bergerak dengan tambahan sejauh
10 km lagi!
5. Jadi maknanya dengan berbaki 4.5liter, dari 60 km ditambah pula jika anda mengikut panduan yang diberikan boleh lajak sampai 80 km.
Tapi jangan lupa cepat-cepat cari stesen minyak, kalau tidak memang berkuah di tengah jalan. - KitaReporters.com
P/S: Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.