Santai 19 Dec, 2019

SETAHUN KUMPUL DUIT TENGOK KONSERT EXO

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

BILA Kumpulan EXO, artis K-pop dari Korea Selatan singgah di Kuala Lumpur dalam konsert jelajah Asianya baru-baru ini, ramai yang menghentam peminat tempatan yang penuh di stadium kerana bersikap seperti menyusukan kera di hutan sedangkan artis tempatan diabaikan. : KitaReporters.com

Sebahagian penonton yang menyaksi aksi kumpulan EXO di Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 14 Disember 2019 lalu.


Malangnya ramai yang tidak tahu sebahagian besar daripada 10,000 penonton yang membanjiri konsert KL EXO Planet #5 - EXplOration di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 Disember lalu telah membuat persiapan setahun untuk membeli tiket itu.

Seorang peminat tegar K-pop berkata, sebahagian besar menabung wang selama setahun untuk membeli tiket konsert itu yang rata-ratanya akan habis terjual dalam beberapa hari saja. 

Tiket itu dijual secara alam talian dan mereka mempunyai cara sendiri untuk menempahnya sebaik kaunter jualan tiket dibuka.

Gerak geri tarian EXO yang memukau. 


"Jangan ingat kami ni banyak duit. Ramai dalam kalangan kami menabung dengan membuat jualan biskut, menjahit, membuat kerja sambilan dan sesetengahnya mengetepikan duit belanja harian untuk membeli tiket ini," kata dia yang mengambil upah menjahit cenderamata.

Jangan juga terkejut ada peminat K-pop terutama EXO dari Singapura dan Jakarta yang 'turun' beramai-ramai di KL. Ini kerana pertunjukan di Indonesia, mereka tidak dapat beli tiket kerana sambutan EXO di sana sangat luar biasa," katanya.

Mereka membuat rombongan sebagaimana penonton dari negara luar yang akan membanjiri perlumbaan di Litar Sepang walaupun tiketnya agak mahal. 

Begitulah dengan  konsert K-pop, semua peminatnya mempunyai rangkaian komunikasi tersendiri.

Penganjur yang mengendalikan kumpulan ini menggunakan sepenuhnya media sosial (medsos) dan networking seluruh dunia menyalurkan info, perincian lengkap tarikh pertunjukan, harga tiket, tarikh pertunjukan dan ejen online untuk memperolehi tiket berkenaan. 

Konsert KL EXO Planet #5 - EXplOration di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 


Rasa sangat berbaloi walaupun menunggu setahun kerana penganjur memberi peluang mereka menabung.

"Jadi jika ada yang mengatakan kami berfikiran sempit dan sesat sebab menjadi peminat K-pop, apa bezanya dengan mereka yang menyaksikan pertunjukan artis Barat?" kata penonton itu yang tidak puas hati dengan komen-komen netizen di Facebook.

EXO hadir kali pertama di Malaysia pada 2016 adalah kumpulan K-pop yang masih gagah dalam industri hiburan Korea Selatan dengan rekod jualan albumnya lebih 10 juta unit. Mereka turut beraksi di Hong Kong, Filipina, Thailand dan Jepun.

Harga tiket ketika konsert di KL ialah RM780 (bebas), RM738, RM598, RM368 dan RM248.

Dalam acara yang berlangsung selama dua jam setengah, EXO menampilkan lebih 20 lagu termasuk dari tema album terbarunya Don't Mess Up My Tempo dan lagu dari album Love Shot. 

Paling menarik bila mereka menggayakan gerak tarian dari lagu 'Monster' dan 'Oasis'.

Kumpulan EXO kali ini datang dalam enam orang saja iaitu Suho, Chanyeol, Sehun, Baekhyun, Kai dan Chen, manakala D.O, Xiuman terikat dengan khidmat tentera sementara Lay pula terbabit dalam aktiviti solo di China.- KitaReporters.com

10,000 penonton datang berhibur dengan EXO di Kuala Lumpur.

4
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago