Santai 29 Nov, 2019

KALAU BUKAN KITA, SIAPA JAGA ALAM SEKITAR?

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
PERSIDANGAN dan Pameran  Iklim dan Alam Sekitar Malaysia 2019 (MECCE 2019)  menjadi  pemangkin kepada  Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala yang dimeterai Malaysia pada peringkat global  untuk kekal komited dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap konservasi alam sekitar, pemuliharaan hidupan liar dan perhutanan. : KitaReporters.com


Penganjuran MECCE 2019 yang diadakan di Bangi Resort Hotel itu dihadiri kira-kira 250 peserta  berlangsung  selama dua hari bermula 25 hingga 26 November lalu.

Program kali ketiga anjuran My Sheqa Group Sdn Bhd itu disertai pihak insdustri, ahli akademik, penyelidik, golongan profesional dan pihak bertanggungjawab dalam bidang alam sekitar untuk berkongsi maklumat berkenaan isu dan cabaran bagi menangani masalah alam sekitar di negara ini.

MECCE 2019 diadakan itu turut mendapat sokongan dan kerjasama Firefly Sdn Bhd, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC),Green Tech Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),Jabatan Kimia Malaysia dan SIRIM Berhad.

SETIAUSAHA Kanan Bahagian Perubahan Iklim, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Jaya Singam Rajoo telah merasmikan Persidangan dan Pameran  Iklim dan Alam Sekitar Malaysia 2019 (MECCE 2019).


Majlis perasmian MECCE 2019 itu disempurnakan oleh Setiausaha Kanan Bahagian Perubahan Iklim, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC), Jaya Singam Rajoo.

Jaya Singam berkata, MESTECC mengalu-alukan penyertaaan semua pihak yang menyertai MECCE 2019 itu bagi membantu dan memberi idea kepada negara dalam menangani isu alam sekitar yang berlaku pada ketika  ini.

Menurut beliau, pada ketika ini, pelbagai isu alam sekitar berlaku kepada negara dan ia perlu ditangani Kerajaan melalui bantuan dan kerjasama  semua  pihak. 

Katanya, Kerajaan mengadakan pelbagai aktiviti kepada orang ramai dan pihak industri bagi mendedahkan mengenai pematuhan, pencegahan pencemaran dan kawalan alam sekitar agar perkara itu sentiasa dipatuhi termasuk mengadakan penambahbaikan berterusan selari dengan perkembangan teknologi pesat di seluruh dunia.

"Penganjuran MECCE 2019 itu juga bertujuan menjalin pemahaman dengan pihak industri bagi menonjolkan tindakan pencegahan seperti yang dilaporkan Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC)," katanya.

Pada majlis perasmian itu. peserta turut dihiburkan dengan persembahan orkestra pelajar Sekolah Menengah  Sains Selangor (SMSS),Bandar Tun Razak, Cheras,Selangor yang mempersembahkan beberapa buah lagu.

PERSEMBAHAN  orkestra pelajar Sekolah Menengah  Sains Selangor (SMSS), Bandar Tun Razak, Cheras, Selangor memeriahkan majlis perasmian Persidangan dan Pameran Iklim dan Alam Sekitar Malaysia 2019 (MECCE 2019) di Bangi Resort Hotel.


Sebanyak 10 kertas kerja dibentangkan sepanjang program dua hari itu.

Sementara itu, Eksekutif My Sheqa Group Sdn Bhd, Zulhazame Mohd Nawi, berkata MECCE 2019 bertujuan mendedahkan pelan tindakan pencegahan pencemaran dengan melindungi sumber alam sebaiknya dengan memulihara dan melakukan sesuatu secara lestari. 

Menurut beliau, usaha berkenaan perlu diamalkan oleh semua bagi memastikan ia dapat  dicapai dengan jaya  terutama dalam mendepani impak perubahan iklim.

Katanya, sekiranya alam dipinggirkan dan penggunaan sumber alam dibuat secara tidak lestari, perkara itu  berkait rapat dengan perubahan iklim yang berlaku pada ketika ini.

"Adalah sangat  penting sekiranya  kita mendapat keseimbangan yang betul antara pertumbuhan dan langkah-langkah yang diperlukan bagi menangani perubahan iklim, kemusnahan alam sekitar dan penggunaan lestari sumber asli di negara ini," katanya.

EKSEKUTIF My Sheqa Group Sdn Bhd, Zulhazame Mohd Nawi menyampaikan ucapan.


Komitmen terhadap kelestarian alam sekitar itu diterjemah oleh Malaysia menerusi keanggotaan dalam pelbagai konvensyen dan perjanjian membabitkan pemuliharaan hutan dan sebagainya.

Antara penyertaan Malaysia termasuk Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), Tanah Lembah Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) serta Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES).

Selain itu, Malaysia juga telah meratifikasi Protokol Montreal sejak 1989 dalam menyokong usaha global mengurang dan menghapuskan penggunaan bahan yang menyumbang kepada penipisan lapisan ozon. - KitaReporters.com

Jaya Singam Rajoo (tiga dari kanan) dan Zulhazame Mohd Nawi (dua dari kanan)  menghadiri majlis perasmian Persidangan dan Pameran Perubahan Iklim dan Alam Sekitar 2019 (MECCE 2019) di Bangi Resort Hotel.


SEBAHAGIAN daripada kira-kira 250 peserta menghadiri Persidangan dan Pameran Iklim dan Alam Sekitar Malausia 2019 (MECCE 2019) di Bangi Resort Hotel.


SEORANG peserta berkongsi idea dengan penceramah  ketika menghadiri  Persidangan dan Pameran  Iklim dan Alam Sekitar Malaysia 2019 (MECCE 2019) di Bangi Resort Hotel.


Jaya Singam Rajoo (tengah) melawat gerai pameran di Persidangan dan Pameran  Iklim dan Alam Sekitar Malaysia 2019 (MECCE 2019).


PESERTA mendengar penerangan dari salah seorang pempamer di gerai pameran di Persidangan dan Pameran Iklim dan Alam Sekitar Malaysia 2019 (MECCE 2019)

6
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago