Santai 26 Oct, 2019

RAMAI SEKARANG MUDAH SENSITIF.. KENAPA YA??

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. 

Kongsi minda, bersih jiwa.


Renungan.

Ikut rasa binasa, ikut hati mati.

Cepat sensitif?

Mudah tersinggung?

Sifat yang sulit untuk diatasi.

Ia berlaku kerana kita keliru dengan emosi sendiri.

Cara terbaik, kita perlu merubah diri sendiri, termasuk cara kita memahami dan berkomunikasi dengan orang sekeliling tanpa memaksa orang lain untuk berubah.

Jangan layan emosi yang boleh melemahkan ketahanan fizikal dan mental kita. Kita perlu jadi orang positif, terbuka minda dan ceria selalu.

Adakah kita seorang yang sensitif?

Jika benar, ia satu sikap yang buruk dari keperibadian kita. Kebanyakan orang pun begitu. Akan tetapi, ia perlu dikawal. Kita boleh berubah jika mahu berusaha.

Kadang-kadang kita yang merasa, orang biasa sahaja. Kita tak pandai menilai, gurau atau serius.

Apa yang kita rasa sebenarnya bila tersinggung atau sensitif. .

Marah atau benci?

Sakit hati atau berdendam

Susah hati atau murung?

Sebenarnya, sensitif ini sangat subjektif. Ia hanya andaian kita sahaja.

Orang tak ada niat apapun. Cuba fikirkan kenapa itu berlaku. Bagaimana hubungan kita dengan diri sendiri. Adakah ego yang keterlaluan atau jiwa yang mudah terusik.

Terkadang, hanya karena mengalami perasaan tertekan, kita berburuk sangka dengan orang.

Ada masa pula kita mengaitkan perasaan tersinggung itu dengan perasaan sakit hati kerana perkara yang yang berlaku pada masa lalu. Sedangkan orang yang melakukannya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan kita.

Selain itu, memiliki perasaan untuk menghargai nilai-nilai pribadi sendiri dapat membantu kita meyakin diri tentang pandangan orang terhadap kita.

Tak dinafikan, ada juga kes kita sensitif kerana ia betul ditujukan kepada kita. Sabar banyak-banyak.

Ingatlah..

Bercakaplah pada diri sendiri.

Periksa dan seimbangkan peribadi dan nawaitu kita.

Selalu positif

Menghentikan atau ubah cara dan sikap yang negatif dalam hidup kita ke arah lebih manfaat dan berkualiti.

Kalau kita boleh sayang orang lain, kenapa tidak sayang diri sendiri?

Caranya, mudah sahaja.

Latih diri agar tidak mudah sensitif

Kawal diri agar sentiasa tenang.

Fikir dahulu sebelum mengata orang, menyinggung perasaan anda.

Selebihnya berpalinglah kepada Dia!

Sebelum menuding jari cari salah orang, cermin diri kita dahulu.

🌹❤️ Minda yang terbuka, mulut yang terkunci adalah sifat positif ke arah akhlak terpuji. ❤️🌹

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago