Santai 27 Feb, 2020

MAK GARANGNYA!! BARU JE DILAHIRKAN KE DUNIA

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

PASTINYA zuriat merupakan anugerah Allah yang paling dinanti-nantikan oleh pasangan yang berumah tangga. Menyambut kelahiran itu merupakan momen yang sangat seronok untuk dikongsikan dan dijadikan kenangan pada masa depan. : KitaReporters.com

ISABELA mendiamkan diri selepas doktor menepuk belakang badannya sebaik melangkah ke alam baharu dan hanya menangis selepas beberapa minit kemudian. - Kredit foto: FB Rodrigo Kunstmann (https://www.facebook.com/RKUNSTMANNFotografia/)


Terbaru, seorang jururgambar professional dari Brazil, Rodrigo Kunstmann berkongsi pengalaman uniknya yang merakam momen indah apabila bayi yang baharu dilahirkan dalam keadaan muka garang.

Jika sekali lihat seperti si kecil mempamerkan wajah garang seolah-olah tidak berpuas hati kerana akhirnya ‘terpaksa’  melangkah ke alam baru sedangkan dia masih seronok dan mahu tidur di dalam perut ibunya.

Ibunya, Diane mengambil khidmat Kunstmann bagi merakam detik berharga sepanjang berada di dewan bersalin.


Si comel yang dinamakan Isabela oleh kedua-dua ibu bapanya dilahirkan secara pembedahan di sebuah hospital di Rio de Janeiro, Brazil pada 13 Februari 2020.

Reaksi berwajah garang itu berlaku selepas pasukan perubatan yang menyambutnya menepuk punggung bagi memastikan bayi yang lahir kekal aktif dan memastikan paru-parunya berfungsi dengan baik.

Pasukan perubatan bertungkus lumus memastikan kehadiran bayi yang disambut berada dalam keadaan sihat dan baik. 


Jadi, doktor di dalam bilik pembedahan juga melakukan hal yang sama kepada Isabela untuk membuatkan dia menangis, namun sebaliknya berlaku apabila si kecil itu tidak langsung menangis tetapi hanya mengerutkan keningnya seolah-olah marah.

Bagaimanapun si comel itu kemudian menangis selepas beberapa minit selepas itu.

Ibunya, Diane mengambil khidmat Kunstmann untuk merakam detik-detik berharga tersebut dan jurugambar tersebut telah berjaya merakam setiap detik paling berharga tersebut.

KUNSTMANN berjaya merakam pelbagai momen menarik sepanjang berada di dewan bersalin untuk dijadikan kenangan pada masa depan. 


Kunstmann kemudian telah memuat naik gambar-gambar dan video tersebut di Facebook (https://www.facebook.com/RKUNSTMANNFotografia/) sehingga meraih perhatian daripada netizen seluruh dunia. - KitaReporter.Com

8
1
0
7
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago