Santai 17 Feb, 2020

COVID-19: "DON'T PLAY PLAY" DI KOREA UTARA

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Korea Utara adalah salah sebuah negara yang begitu mengambil berat dan mengenakan hukuman tegas dalam mencegah virus COVID-19 masuk dan merebak kepada warganya. Negara ini mempunyai lebih 25 juta penduduk. : KItaReporters.com

Setiap warga yang pulang dari China diwajib menjalani kuarantin selama sebulan. Kredit foto: Yonghab

Antara langkah yang dilakukan ialah mana-mana rakyatnya yang pernah berada di China apabila pulang ke Korea Utara perlu dikuarantin bagi tempoh sebulan, lebih panjang daripada ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu cuma dua minggu.

Dan sesiapa yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan hukuman keras termasuk tindakan ketenteraan iaitu hukuman tembak hingga mati.

Ia sesuai dengan perintah (decree) yang dikeluar oleh Presiden Kim Jong Un yang berbunyi: "negara akan mengenakan dengan hukuman ketenteraan siapapun yang meninggalkan masa kuarantin tanpa izin."

Mangsa pertama dikenakan hukuman tembak sampai mati ini ialah seorang pegawai dari Kementerian Perdagangan.

Memetik berita dari Daily Mirror dan Dong-a Ilbo, pegawai itu telah melanggar peraturan kerajaan dan muncul di khalayak ramai, pada masa dia sepatutnya itu dikuarantinkan.

Pegawai itu sepatutnya terus datang ke sebuah pusat kuarantin kesihatan sekembali dari China, sebaliknya dia pergi ke tempat mandi awam lalu ditangkap dan menjalani hukuman.

Menurut media, sebelumnya, seorang pegawai di Badan Keselamatan Nasional telah diturunkan pangkat apabila tidak menyatakan kepergiannya ke China.

Presiden Kim Jong-un mengeluarkan perintah (decree) hukuman ikut cara tentera bagi sesiapa yang ingkar larangan kuarantin. - Kredit foto: Yonghab

Korea Utara yang bersempadan  dengan China menutup ketat sempadannya dan melarang apa-apa aktiviti lintas sempadan.

Hingga ketika ini, Korea Utara tidak terbuka dan belum melaporkan terjadinya wabak COVID-19 di negara itu.

"Pihak berkuasa Korea Utara mengatakan kepada FAO bahawa tidak ada kes virus COVID-19, tetapi kami sangsi akan dakwaan itu," kata Jurucakap Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Bir Mandal.

Petugas kesihatan antara pihak yang paling sibuk merawat mangsa virus COVID-19. - Kredit foto: Xinhua

Beberapa sumber seperti North Korea Daily menyebut, virus COVID-19 boleh menghancurkan negara komunis itu jika wabak itu menyerang.

Menurut pakar ekonomi, ekonomi, Korea Utara boleh lumpuh jika wabak COVID-19 serius melanda negara itu yang mempunyai lebih 25 juta penduduk yang sebahagian besar dalam kategori miskin. - KitaReporters.com

7
2
3
2
2
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago