Santai 17 Mar, 2020

PESONA SYAWAL! KURUNG KOLEKSI BAHARI ASYEK

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
"LAJU... laju... buaiku laju... Pohon beringin... Tegaknya tinggi... Kalau rendah menyapu bumi... Penghibur aku menolong aku." Berlatarbelakangkan lagu dari filem Bawang Putih, Bawang Merah sebagai pembuka majlis, gesekan violin mengiringi si jelitawan bak `puteri` yang turun dari kayangan menuju ke Taman Inderloka untuk bergembira sambil menggayakan busana warisan kegemilangan Kesultanan Melayu. KitaReporters

Sesuai untuk bergaya pada hari raya atau untuk majlis persandingan atau akad nikah. 


Memukau telinga dengan buaian irama gesekan violin Zali, mata hadirin terus terpaku, terpesona memerhatikan lepas satu-satu koleksi busana klasik dengan sentuhan gaya moden, semacam dibangkitkan dari zaman silam kerana koleksinya penuh berseni dan halusnya rekaan.

Koleksi menawan dan anggun


Kombinasi barang lama diberi nama Bahari dan Asyek, sentuhan yang memukau, lantas kerana terleka dengan keindahannya. 

Itulah yang terhasilnya nama butik Bahari Asyek (BA) - jatuh cinta kepada warisan tradisi bangsa.

Jelingan manja para model, menggamitkan kita untuk melihat betapa indahnya tradisi bangsa, mengikat hati dan membuai perasan, terus buatkan kita jatuh cinta sebaik menonton paparan koleksi Bahari Asyek by Zahalina Abdul Rahman

Pertunjukan fesyen bertemakan Syawal Showcase Bahari Asyek 2020 di Concorde Hotel, Shah Alam, Selangor pad Jumaat, 13 Mac 2020.

Pengarah Urusan BA, Zahalina Abdul Rahman berkata, 17 daripada 32 koleksi baharu diperagakan menampilkan ciri-ciri warisan dan tradisional.  Koleksi itu diperagakan dalam tiga bahagian. 

Majlis fesyen ini mengingatkan kita pada majlis mengadap santapan petang (hi-tea) bersama keluarga diraja, di taman sari.

Dua corak baju dan kain...bila melangkah beralun indah baju di badan.

Koleksi fesyen sesuai untuk cita rasa semua. Dari bangsawan kepada rakyat jelata. 

Memiliki koleksi ini seperti kita membeli rekaan baju yang terbaik dalam hidup untuk menghiasi diri. 

Cantik, selesa, darjat tersendiri dan tidak hairanlah, harga yang ditawarkan bermula dari RM250 hingga RM2,800 sehelai.

Bak irama dan lagu berilhamkan cetakan seni hikayat Melayu lama, paparan penuh adat budaya, kelembutan dan ketangkasan wanita di zaman kerajaan Melayu Melaka, Kelantan, jujukan Nusantara dan aksi wira seni silat, Tun Teja, dan Tun Fatimah.

Tidak lupa juga pilihan diberi nama berdasarkan cita rasa pemerintah Tanah Serendah Sekebun Bunga, Cik Siti Wan Kembang. 

Untuk yang bercita rasa moden dan serba mudah. Ada poket untuk simpan telefon bimbit


Bersatu dalam koleksi seindah-indah warisan lama mengikat cinta, pesona tradisi bangsa yang sememangnya sengaja dibangkitkan oleh Bahari Asyek (BA) khusus untuk sambutan Aidilfitri tahun ini. 

Segala inspirasi dalam design kali ini, diilhamkan ketika Zahalina dan suaminya, Jai Ghani berdagang di Asia Tengah, Asia Selatan, negara Balkan dan tanah seberang.

Koleksi baju Kurung Tun Fatimah sangat sensasi dan paling laris. 

Koleksi ini menampilkan baju kurung voil yang agak kembang dan menyerlahkan keayuan pemakainya. Dengan kainnya yang akan beralun bila setiap kali pemakainya melangkah. 

Sebagaimana ketokohan Tun Fatimah yang menjadi ilham dalam koleksi ini, ia ketengahkan dalam kelembutan ada ketangkasan.

Menang membeli, menawan untuk pemakainya.


Tidak kurang juga dengan koleksi Kurung Sultana, juga satu lagi pilihan terutama bagi yang berbadan gempal.

Sangat selesa dan versatile. Didatangkan dengan motif `mata ikan` dengan kombinasi bawahan dari corak ikat. Bila menggayakannya terasa diri bak permaisuri.

Kurung Archipelago satu lagi usaha membangkitkan cita rasa yang mewakili jujukan kepulauan Melayu di Nusantara. 

Visi warisan diperlihatkan sepenuhnya dalam koleksi itu dengan bajunya, menggunakan enam kekek kiri dan kanan mewakili warisan kepulauan itu.

Ternyata yang menggayakan baju kurung lambang pakaian wanita serantau Asia itu, sudah pastinya kelihatan ranggi. 

Malah ada sedikit `celupan rasa dan kainnya` apabila koleksi itu menggunakan kain denim sebagai satu cara menambahkan kelainan. 

Warna yang lembut untuk sidia yang cantik rupawan.


Kurung Dandia, Kurung Moden Rosalinda dan Kurung Kelasi turut menampilkan pilihan dengan corak tersendiri. 

Sesuai untuk diri kerana koleksi Kurung Rosalinda, misalnya diperbuat daripada kain broked, sangat cantik baik dan padanan dengan rekaan dan pemilihan kain. 

BA turut menampilkan koleksi Kurung Moden Puspa inspirasi dari zaman retro 70-an, dengan keutamaan warna-warna yang terang, dihiasi butang besar untuk mempersembahkan gaya orang muda lagi ranggi, lasak, cergas dan cerdas.

Sesuatu yang indah perlu dihargai


Sesuatu yang tidak ditinggalkan oleh BA adalah koleksi kuno kapas, Kurung Riau yang dicantikkan lagi dengan berperada emas. Teknik menghasilkan kainnya, menggunakan cop, hand block dihiasi air perada emas. 

Dan teristimewa sekali ialah koleksi kurung poket dua, sesuai sangatlah kalau zaman sekarang kegunaannya untuk orang menyimpan handphone!

Koleksi ini didapati di Bahari Asyek Hotel Concorde Shah Alam dan di Plaza Masalam, Shah Alam dan tempahan juga boleh dibuat melalu talian 03-55135310 atau emel [email protected].

Untuk melihat rekaan boleh juga melihatnya dalam FB Bahari Asyek (https://www.facebook.com/bahari.asyek) dan Instagram @bahariasyekofficial (https://www.instagram.com/bahariasyekofficial/) dan @bahariasyek.co (https://www.instagram.com/bahariasyek.co/). - KitaReporters.com

Anda suka?.... Koleksi terbaru Bahari Asyek.


Silalah dapatkan koleksi bergaya untuk hari raya.


Untuk wanita yang cantik dan menghargai diri. 


Untuk wanita hebat yang sentiasa menjaga penampilannya.

2
0
0
0
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago