Santai 05 Dec, 2019

KENAPA ANJING DICAT SEAKAN HARIMAU DI INDIA?

@khairunnisa sulaiman
Pernah berkhidmat selama 23 tahun sebagai wartawan di majalah MASSA, Mastika, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya.

Share this
HAIWAN perosak seperti kera, monyet atau lotong sememangnya menjadi musuh petani di mana sahaja. Kalau ada haiwan ini memang menaikkan kemarahan petani, kerana bukan sahaja merosakkan pokok buah-buahan tetapi juga merosakkan tanaman lain. : KitaReporters.com


Bagi mengatasi masalah haiwan perosak ini, petani-petani dari kampung Narulu di sebuah daerah di India mengecat anjingnya berbelang seakan harimau.

Srikanth Gowda berkata, dia menemui kaedah unik berkenaan untuk menyelesaikan masalah haiwan perosak di ladang kopinya.

“Saya mengecat anjing dengan cat seakan harimau selepas percubaan awal menggunakan anak patung harimau gagal menakutkan monyet di ladangnya.

“Pada mulanya memang saya gunakan anak patung harimau dari Goa tetapi apabila warnanya semakin hari semakin pudar, monyet datang lagi dan merosakkan tanaman saya,” katanya memberitahu agensi berita ANI baru-baru ini.

Kemudian Srikanth mengecat anjing peliharaannya, Bulbul menggunakan pewarna rambut untuk menjadikan anjingnya kelihatan seperti harimau.

“Kini saya akan membawa Bulbul ke ladang dua kali sehari pagi dan petang. Setiap kali monyet melihat Bulbul mereka akan lari ketakutan. 

“Sejak saya sering membawa Bulbul yang telah dicat, monyet jarang masuk ke ladang kami,” katanya.

Srikanth Gowda dengan anjingnya, Bulbul yang dicat seakan seekor harimau.


Anak perempuan Srikanth, Amulya berkata, apabila melihat kejayaan bapanya penduduk kampung yang lain mula mengecat anjing mereka.

“Sebelum ini kami menghadapi banyak masalah disebabkan kumpulan monyet yang sering membuat kacau dan memusnahkan tanaman.

“Ini adalah idea ayah saya mengecat anjing kami seakan harimau untuk menakutkan monyet dan sekarang penduduk kampung menggunakan kaedah ini,” katanya. - KitaReporters.com/Sumber: ANI

1
2
1
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago