Santai 05 Jan, 2020

UPTOWN KINI DI'UP' JADI BAZARIA WANGSA MAJU

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

SETELAH beberapa kali tertangguh, akhirnya kesemua peniaga bazar larut malam atau Uptown Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur berpindah ke tapak baharu dengan nama baharu, Bazaria Wangsu Maju, berkuat kuasa 1 Januari 2020 lalu. : KitaReporters.com

BAZARIA WANGSA MAJU, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.


GERAI minyak wangi dan make up di Bazaria Wangsa Maju, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.


Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan arahan perpindahan pada hujung September 2019, tetapi ramai peniaga masih enggan berpindah ke tapak baharu, walau pun kedudukannya hanya 50 meter dari tapak lama.

DBKL memberi peluang kepada peniaga dengan melanjutkan tempoh kepada hujung November 2019. Namun masih terdapat peniaga tidak mahu berpindah. 

Kemudian DBKL memberi kelonggaran terakhir pada 31 Disember 2019. Mereka yang tidak berpindah mulai 1 Januari 2020 berdepan tindakan penguatkuasaan.

Pilih kain pasang atau tudung kegemaran anda di Bazaria Wangsa Maju.


PELBAGAI pakaian kanak-kanak untuk dipilih.


Tapak baharu ini dilihat lebih lengkap dan selesa berbanding tapak lama di kawasan gerai-gerai makan atau ‘food court’ Danau Kota dan kawasan parkir sekelilingnya sejak 15 tahun lalu.

Ini menyebabkan kawasan berkenaan sesak dan ‘tertutup’ di samping kesesakan teruk di kawasan Taman Danau Kota dan Taman Setapak Indah serta jalan utama Taman Ibu Kota setiap malam hingga awal pagi sepanjang operasi uptown, kecuali hari Isnin dan Selasa.

Tapak baharu ini yang menyediakan 500 ruang niaga lebih selesa dan dilengkapi pelbagai kemudahan, antaranya parkir, surau, tandas dan tempat membuang sampah.

Kemudahan ini tidak terdapat di tapak uptown lama.

Selain itu, cuti operasi juga hanya sehari, pada Isnin. Ertinya bazaria beroperasi Selasa hingga Ahad setiap hari mulai pukul 7 petang hingga 3 pagi.

Oleh itu, memang tiada alasan munasabah bagi peniaga enggan berpindah ke tapak baharu apabila mula-mula diarahkan berbuat demikian. 

PAKAIAN wanita pelbagai fesyen di Bazaria Wangsa Maju.


PEMINAT seluar jeans mempunyai banyak pilihan di Bazaria Wangsa Maju.


Difahamkan wujud hasutan pihak ketiga yang mengendalikan uptown sebelum ini kerana kelompok ini bakal kehilangan pendapatan selepas DBKL mengambil alih sepenuhnya pengurusan operasi bazaria.

Peniaga memang sepatutnya menghargai usaha DBKL membantu mereka. 

Bukan sahaja tapak baharu disediakan, tetapi bayaran sewa bulanan juga rendah, hanya RM225.20 bagi gerai makanan dan RM212.70 untuk barangan kering.

Ini berbanding sebelum ini, di mana pihak ketiga mengenakan sewa antara RM500 hingga RM1,500 bagi satu tapak dan sewa ini dinaikkan pada bulan Ramadan. 

Usaha DBKL adalah untuk melepaskan mereka daripada cengkaman beban sewa yang tinggi ini.

Malah DBKL juga bermurah hati memberi pengecualian sewa tiga bulan untuk mereka yang berpindah. Namun mereka masih perlu membayar lesen perniagaan.

GERAI menjual beg dan tali pinggang.


GERAI baju dan seluar.


Pada masa sama, perpindahan ini juga membantu mengurangkan kesesakan di kawasan parkir dan ‘food court’  Taman Danau Kota serta kesakan lalu lintas di kawasan berkenaan dan sekitarnya.

Sebelum ini, ramai pengunjung meletakkan kenderaan di kawasan rumah kediaman sehingga menyukarkan urusan keluar masuk para penduduk.

Justeru perpindahan ini bukan sahaja ke tempat berniaga yang lebih kondusif tetapi juga memberi kelegaan kepada penduduk setempat daripada isu parkir secara semberono dan kesesakan lalu lintas yang sudah  ditanggung sejak berbelas-belas tahun. Mereka kini lebih selesa bergerak.

Tinjauan ke tapak baharu Bazaria Wangsa Maju baru-baru ini mendapati ia beroperasi dalam keadaan lebih teratur dengan susunan lot niaga yang kemas. 

Peniaga pula menjalankan perniagaan dalam suasana lebih selesa.

MAKANAN dan minuman disediakan untuk pengunjung Bazaria Wangsa Maju.


SEMUA ADA...Pilih minuman kegemaran anda.


Gerai-gerai makan juga mempunyai ruang lebih besar untuk diletakkan meja dan kerusi bagi membolehkan pengunjung menjamu selera dari pelbagai menu yang disediakan.

Atau boleh beli dan makan sambil berjalan membeli belah atau sekadar melihat-lihat barang jualan.

Pilihlah apa yang diingini dari pelbagai gerai menjual pakaian, tudung, aksesori kereta, aksesori telefon bimbit, minyak wangi, permainan kanak-kanak, kasut, tali pinggang dan banyak lagi.

GERAI kasut.


GERAI aksesori telefon bimbit.


Uptown Danau Kota memang sudah dikenali sejak sekian lama. 

Setiap malam beroperasi ia sentiasa dipenuhi pengunjung, sebahagian besar oleh mereka dari luar Danau Kota, juga pelancong.

Dalam keadaan ia beroperasi di kawasan baharu sekarang, lebih ramai dijangka berkunjung dan ini tentunya memberi pulangan lumayan kepada para peniaga.

Untuk rekod, tapak baharu ini juga adalah tapak sementara. 

Para peniaga bakal berpindah ke tapak tetap di Jalan Genting Klang, bersebelahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan dalam tempoh tiga tahun lagi.  - KitaReporters.com

GERAI aksesori kereta.


GERAI makanan dan minuman. 

 

 

 

 

 

 

 

9
1
1
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 5 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 5 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 5 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 5 years ago