Santai 23 Jan, 2020

INUL DARATISTA TULIS "SURAT UNTUK TUHAN"

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PEDANGDUT (penyanyi dangdut) Inul Daratista merai ulang tahun kelahirannya pada Selasa 21 Januari 2020. Pada hari ulang tahun itu, isteri kepada Adam Suseno ini menulis ‘surat untuk Tuhan’ dalam laman Instagram peribadinya. : KitaReporters.com

Inul Daratista berterima kasih kepada Tuhan. - Foto Instagram Inul Daratista


Mengawali suratnya kepada Tuhan, Inul Daratista terlebih dahulu mengucapkan terima kasih. Dia pun bersyukur atas usianya ketika ini.

“Meskipun (usia) dikurangi setahun dan bonus nafas yang tidak berhenti ini, terima kasih Tuhan,” tulis Inul Daratista dalam muat naik di Instagram peribadinya.

Antara kandungan luahan Inul Daratista dalam Instagramnya.

Inul meminta agar Tuhan selalu menguatkan dirinya dalam setiap keadaan.

“Jika saya boleh meminta, Kau kuatkan hatiku dalam setiap cubaan. Kau berikan aku kesihatan yang luar biasa, Kau mudahkan semua urusanku dan Kau lindungi aku dari mara bahaya dan mala petaka dan ujian daripada orang-orang yang naif dan khilaf,” tambah Inul.

Ibu kepada Yusuf Ivander Damares ini juga menulis 3 surat lainnya untuk ‘Tuhan’ .

Setiap tulisan daripada  suratnya itu pun berisi permintaan Inul seperti keselamatan di dunia akhirat dan selalu berada dalam jalan Tuhan.

Inul di rumahnya. - Foto Instagram Inul


Inul dengan nama asalnya Ainul Rokhimah lahir dalam keluarga miskin di Pasuruan, Jawa Timur pada 21 Januari 1979.

Dia berkahwin muda iaitu ketika baru berusia 16 tahun dengan Adam Suseno yang lima tahun lebih tua pada 26 Mei 1995.

Penukaran kepada nama komersial, Inul Daratista oleh suaminya Adam Suseno memberi tuah kepadanya apabila mula menjadi sebutan di kawasan Jawa Timur  sejak tahun 1981 dengan memperkenalkan goyangan ‘ngebur’.

Kemunculan album Goyang Inul pada tahun 1993 benar-benar membantu meletakkan Inul sebagai penyanyi dangdut paling top dan hot dalam tempoh yang singkat.

Lagu 'Goyang Inul' meletakkan dirinya sebagai pedangdut paling top dan hot mulai 1993. - Foto Instagram Inul Daratista


Melalui lagu ‘Goyang Inul’  dan goyangan ‘ngebur’nya, populariti Inul menjalar ke sejumlah negara termasuk di Malaysia.

Walaupun sudah memiliki populariti ‘super bintang’, namun Inul tetap dihujani dengan beberapa peristiwa pahit buat dirinya.

Antaranya, goyang ngebornya dituduh pihak tertentu sebagai mengalakkan unsur maksiat. 

Di samping itu, peniagaan karaoke yang diusahakan juga diangap mengundang maksiat, malah ada pusat karaokenya dibakar.

Namun Inul terus berjuang dan terus bergiat dalam sejumlah perniagaan.

Inul mengakui populariti namanya sebagai pedangdut banyak membantu kejayaan perniagaannya. 

Inul selain berjaya sebagai pendangdut turut berjaya dalam sejumlah perniagaan. - Foto IG Inul Darasista

Selain bisnes utamanya kelab karaoke yang mempunyai sejumlah cawangan di pelbagai wilayah di Indonesia, Inul turut terlibat dalam bidang kosmetik dan makanan.

Dia kini cuba bergerak dalam bidang perhotelan yang dikendali oleh kaum keluarganya di Pasuruan, Jawa Timur. Peniagaannya dikendali bersama suaminya Adam Suseno.

Menurut Inul, dia memantau perniagaannya melalui jaringan dalam talian. - KitaReporters.com

2
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago